Artis / Selebriti
” Macam tu je dia hijack show mak dia, haha.. ” – Komen Netizen

Video gelagat comel anak Ernie Zakri, Nur Khawla Soleha menari ketika ibunya sedang menyanyi buat ramai terhibur. Alahai comelnya Lala, macam-macam gaya Lala menari. Terpelanting jauh ibu kalau macam ni, hehe..
Bagi yang mengikuti penyanyi Ernie Zakri dan Syamel, pasti mengetahui yang pasangan suami isteri ini mempunyai seorang anak perempuan yang comel bernama Nur Khawla Soleha. Memiliki wajah yang comel, gelagat Khawla atau lebih mesra dengan panggilan Lala sering mencuit hati ramai.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik ernienator.my, telah dikongsikan video yang memaparkan Ernie sedang membuat persembahan di sebuah majlis. Selain Ernie, turut ada bersama adalah anaknya, Lala dan mereka berdua kelihatan begitu cantik mengenakan pakaian sedondon berwarna merah jambu.
Namun apa yang menarik adalah telatah Lala yang turut membuat persembahan bersama ibunya. Ketika Ernie sedang menyanyi, Lala menari dengan pelbagai gaya di sebelah Ernie. Telatah Lala itu mendapat sorakan ramai. Perkongsian video tersebut turut mencuri perhatian warganet.
Ramai yang mengatakan geram melihat kecomelan Lala menari. Selain itu, ada juga yang perasan, ketika Ernie memegang tangan seorang kanak-kanak, Lala seolah-olah cemburu dan memberikan reaksi mahu merajuk. Setelah menyedarinya, Ernie dengan pantas terus memegang tangan Lala.
Tonton video di bawah ini :
@ernienator.my Replying to @faragendut02 versi panjang sikit, Lala memang all out kali ni 😂♥️ 📹 : fizafrizzy #erniezakri #khawlasoleha #hahahahahariraya #raya2025 #openhouse #ojennnaiwahh #fyp
@ernienator.my Replying to @ssupyaw Abu tanjat Lala makin all out kali ni 😂♥️ 📹 : haikalshuib #erniezakri #khawlasoleha #hahahahahariraya #raya2025 #openhouse #ojennnaiwahh #fyp
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Comelnya Lala menari, dah macam persembahan dia lah pula, haha.. Hahaha… Aunty ulang berkali time newbie Ernie gelek2 tu… Gerammm.. “
” Sape tgk ulang2 kita geng… Fokus kat dak kecik tu..Erni dh bole kebelakang… Lala world is coming.. Cute betul gaya dia menari.. “
” Camtu je dia hijack show mak dia.. Copy sebiji betul Ernie lah si Lala ni.. Comel tengok dia, langsung tak takut pun depan orang ramai2.. “
” Amboi2 Lala.. Boleh tahan yer dia menari.. Comelnyaa Lala.. Pasni boleh jdi backup dancer mak dah hehe yer.. Mesti ramai yang suka.. “
” Kemain Khawla, alahai gedik2 manja gituwww, cumilll laa dakcik ni.. Dia buat pentas tu dah macam persembahan dia yang punya.. “
” Hahahaha perasan tak, Lala merajuk kejap time ibu dia pegang budak tu.. Nasib Ernie sedar, terus dia pegang tangan Lala, haha.. “
” Bila lala ada abu terpelating jauh lah jwb dia.. Dia pnya gedik tu comel betul lah tengok.. Pandai lah lala menari, eeee gerammm.. “
Fuhh, all out Lala menari, langsung tak kekok bila membuat persembahan di hadapan orang ramai. Comel betul Lala, semakin besar, nampak gaya Lala tu seorang anak yang cerdik. Lepas ni, mungkin Ernie dah boleh bawa Lala join sekali buat persembahan kerana ramai yang teruja melihat daripada persembahan Lala.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok ernienator.my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen