Artis / Selebriti
” Makin besar family Ashraf Muslim. Simple je nama anak, tak perlu pelik-pelik.. ” – Komen Netizen

Ashraf Muslim muatnaik gambar bersama anak kelimanya yang baru lahir raih perhatian ramai. Wah bertambah lagi ahli keluarga besar Ashraf. Nama pun simple je, tahniah AM..
Meninjau entry di akaun Instagram Ashraf Muslim, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan Ashraf bersama cahayamata barunya. Ini merupakan anak kelima Ashraf dan si kecil ini dilahirkan pada 10 Mei baru-baru ini. Ashraf turut memaklumkan waktu kelahiran anaknya itu iaitu pada 2.57 pagi.
Memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, Ashraf menyifatkan kelahiran anaknya ini membawa sejuta syukur dan selaut harapan. Di ruangan kapsyen itu juga, Ashraf menitipkan doa dan harapannya untuk anaknya ini agar menjadi anak yang soleh dan membesar menjadi insan yang memiliki akhlak terpuji.
Ashraf turut meletakkan hashtag ‘ hadiah terindah ‘ pada pengakhiran postingnya itu. Tidak dinyatakan secara jelas anak ini daripada isteri pertama ataupun isteri keduanya. Sebagaimana yang semua sedia maklum, Noor Dayana merupakan isteri pertama dan Wan Sakinah pula isteri kedua.
Untuk info Ashraf dan Dayana telah dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf setelah 4 tahun berkahwin. Bersama Sakinah pula, Ashraf dikurniakan 3 orang cahayamata iaitu Sarah Ashraf, Adam Ashraf dan Safiyyah Ashraf. Keluarga besar Ashraf ini hidup bersama dalam suasana yang aman damai dan akrab antara satu sama lain.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Tahniah Ashraf Muslim sahabat.. semoga makmur keluarga samara.. makin besar family AM.. “
” Alhamdullilah Tahniah Tuan Haji ashrafmuslim. Moga Bertambah Bahagia sampai Syurga. Amin.. “
” Tahniah Tuan Haji AM.. Alhamdulillah.. Anak dari isteri mana ni Abang? No.1 ke No.2?.. “
” Hye baby comey. Saya nurse yang booking buku pink mama awak dekat HTA.. Alhamdulillah.. Semoga Ali menjadi anak yg soleh,berjaya dunia dan akhirat. Simple aje nama tak perlu pelik2.. “
” Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh… Alhamdulillah… Tahniah ashraf n keluarga. Smg jd anak soleh.Aamiiin.. “
“Alhamdulillah. Congratulations u, Dayana and Sakinah. Hope both mother and baby are in the pink of health. Sep sikit anak 5.. Hahahaha.. “
” Tahniah abang dan kakak.. nak jumpa Ali.. Akhirnyaa dpt jugak letak nama Ali. Ingatkan tersimpan je dlm buku diary ekk.. “
” Masha Allah, Alhamdulillah tahniah.. sama namanya dengan anak saya.. semoga baby menjadi anak yang soleh.. “
Alhamdulillah ianya kurniaan dan amanah Allah untuk Ashraf dan isteri-isterinya. Semoga semua harapan Ashraf untuk anaknya ini dimakbulkan Allah. Seronok lah abang-abang dan kakak-kakak kerana mendapat adik lagi. Semoga berbahagia selalu Ashraf.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ashrafmuslim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen