Artis / Selebriti
” Makin besar makin sama mukanya, manis je macam arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen

Gambar terbaru adik Miza yang wajahnya seiras arwah Siti Sarah Raisuddin raih perhatian ramai. Wah, dah besar dan tinggi adik Miza. Makin besar, makin nampak seiras wajahnya dengan arwah..
Meninjau ke akaun Instagram Suciuwais, perkongsian beberapa keping gambar Raisuddin Hamzah dan isterinya bersama adik Miza telah meraih perhatian ramai. Adik Miza dahulunya pernah tular kerana wajahnya seiras dengan arwah Siti Sarah Raissuddin.
Tahun ini, Raissuddin dan isterinya meluangkan masa untuk menyambut hari raya bersama adik Miza. Raissuddin pergi jauh ke utara semata-mata untuk beraya bersama adik Miza dan keluarganya. Kini, penampilan adik Miza sudah berbeza berbanding kali terakhir mereka bertemu sebelum ini.
Adik Miza dilihat sudah semakin tinggi dan kurus. Sudah nampak seperti anak dara sunti sahaja dan ramai menyatakan wajah adik Miza masih lagi nampak seiras dengan wajah arwah Siti Sarah. Senyuman manis adik Miza paling serupa dengan arwah.
Perkongsian ini telah menerima lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Kunjungan Raissuddin dan isteri ke sana turut membawakan hadiah buat adik Miza yang merupakan tudung-tudung jenama Loveta.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Org ckp tak sama dh. Tapi sy tgok makin besar makin sama pulak mcm arwah sarah.. Selamat hari raya makder sekeluarga..”
” Dah besar , lain la muka Dia tak sama macam arwah siti Sarah . still nmpk sama. Klo uwais bgmbr sblh ni mesti perasan iras tu tteap ad lg.. “
” Makin besar makin sama mukanya..manis je mcm arwah siti sarah.. Sama nya muka. Pelik yg kata xsama maybe mata kero.. “
” SubhanAllah, semakin mirip rupa arwah Sarah. Al Fatihah dilafazkan buat Arwah Siti Sarah, semuga ditempatkan di Jannah Firdaus, Amin3 Ya Allah Ya Mujib.. “
” MasyaAllah..terus sebak tgk muka adik Miza ni..terubat rindu .. Kembar Arw SS dah slim tinggi.. Selamat Hari Raya dari Singapura.. “
” Pengubat rindu Semoga saya pun dpt berjumpa pelanduk dua serupa dgn Abah saya jg.. Dah besar macam uwais muka.. “
” Ya allah muka gigi sebijik arwah ss.. Adik miza drjah brp tahun ni makde.. Ya ALLAH samanya muka diaa ngan siti sarah.. “
Dengan adanya adik Miza, sekurang-kurangnya dapat mengubati kerinduan terhadap arwah Siti Sarah. Walaupun perasaan itu tidak sama, tetapi dapat menenangkan jiwa yang kerinduan. Semoga ukhuwah mereka berkekalan selamanya..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Suciuwais
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen