Artis / Selebriti
” Makin ke depan eh Fattah sekarang. Dia main pickup line pulak.. ” – Komen Netizen

Muatnaik video berlatarbelakangkan matahari bersinar, perkongsian terbaru Fattah buat peminat teruja. Amboi lain macam kapsyen Fattah sekarang, siap bagi pickup line. Syafiq Kyle pun ada komen, macam tahu sesuatu je..
Fattah Amin semakin hari semakin popular di kalangan warganet. Fattah pernah melalui waktu sukar dalam hidupnya, namun kehidupannya kini semakin hari semakin baik. Fattah juga antara selebriti yang ‘laku keras’ di pasaran, baik untuk drama mahu pun untuk mempromosikan produk.
Menerusi perkongsian terbaru Fattah di akaun Instagramnya, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Fattah mengabadikan kenangan di sebuah tempat. Pemandangan indah berlatarbelakangkan matahari yang sedang terik memancarkan cahayanya membuatkan ianya kelihatan menarik.
Apa yang lebih mendapat perhatian adalah kapsyen Fattah pada posting tersebut. Ayat Fattah berupa pertanyaan kepada semua pembaca berbunyi ‘ Awak tahu beza awak dengan matahari ? ‘ meraih perhatian ramai.
Fattah semakin advances dalam menulis kapsyen yang kedengaran agak sweet. Baru sahaja beberapa hari yang lalu Fattah viral dengan kapsyen meminta yang di hati jangan jalan-jalan, kali ini Fattah hadir dengan kapsyen matahari pula. Sekali Fattah mengeluarkan kata-katanya, memang boleh terpegun semua membacanya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Matahari menerangi dunia .. awak menerangi hidup saya.. ahhh gittewww haha.. Fattah bukan main kapsyen sekarang. suka tengok fattah sekarang.. “
” Matahari menyinari pada waktu siang. Tapi awak menerangi hati saya dari pagi sampai ke malam – chia chia.. “
” Matahari menyinari bumi.. Awak menyinari hidup saya.. eh blushing pulak hehe.. Jom balik Pluto.. “
” Aura dia berbeza 100 peratus kali ni. Keep it up bro.. tahu but secrets haha.. sejak dua menjak Ni pandai bermain Caption ya bamtah.. “
” Noh dia main dgn matahari lah hahahaha.. beza dia matahari panas kami sejuk mata memandang ke.. “
” Hati seperti berbunga-bunga dan saling mengenali cewahhh.. semoga 2025 menjadi tahun yang lebih indah buat Fattah Amin.. “
” Dia main pickup line pulakkk.. Segan la kte nak jawab. Hahaha.. makin ke depan eh Fattah sekarang.. hmm risau ni fattah dah pandai bagi pickupline.. “
” Ntah lah bang… nak comment yang jujur, somi sy pun guna app ni haha.. dulu sendu sekarang mendonia.. Aku syak ni bkn fattah yg sbnarlah.. yg sbnar kena culik.. lain mcm skrang.. “
Pelakon kacak Syafiq Kylez yang juga merupakan sahabat Fattah turut meninggalkan komennya di posting oleh Fattah ini :
Semakin advance Fattah membuat kapsyen sekarang sehinggakan warganet pun turut ‘panas’ sama sepanas matahari yang bersinar dalam video Fattah itu. Agaknya Fattah tujukan kepada siapalah kapsyen itu atau pun ianya hanya sekadar kiasan Fattah semata-semata. Boleh masuk dalam buku 100 kata-kata Fattah ni.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen