Artis / Selebriti
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen

Video pengantin baru, Fattah Amin dan Amira Othman bermain ATV di tepi pantai buat ramai yang melting. Sempat lagi Fattah mengusik Amira, kan dah kena tepuk dengan Amira. Indahnya bercinta selepas kahwin..
Majlis pernikahan pasangan pengantin baru, Fattah Amin dan Amira Othman masih menjadi sebutan warganet. Bagai pinang dibelah dua, Fattah dan Amira melengkapi antara satu sama lain. Impian peminat FattMira untuk melihat pasangan ini bergelar suami isteri tercapai.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Inspirasi.my, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fattah dan Amira meluangkan masa bermain ATV di tepi pantai. Pada awal video, kelihatan Fattah membetulkan helmet yang dipakai oleh Amira. Aksi ini membuatkan warganet tersenyum sendiri.
Fattah sejak dulu lagi suka menyakat Amira dan kali ini, Fattah menerima balasannya apabila Amira menepuk bahu Fattah kerana Fattah membawa ATV ke kiri kanan dengan niat hendak mengusik Amira. Telatah sweet pasangan ini meraih perhatian warganet.
Reaksi Fattah yang memegang kaki Amira juga mengundang senyuman warganet. Betul kata Fattah, dia memilih untuk bercinta selepas kahwin dan sekarang masanya untuk mereka menyemai cinta. Kata orang, bercinta selepas kahwin lebih manis daripada sebelum kahwin.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Gila dah aku, dari semalam tak stop sengih ni. physical touch after being Halal truly hits differently.. “
” Masa fattah pgg kaki mira tu, aku yg ada rama2 kat perut.. lagi banyak kali ulang video tu, mau lebih sedozen rama rama dalam stomach haha.. “
” Betul kata orang lebih indah bercinta lepas kahwin… tumpang bahagia buat korang berdua.. Korg dua punca gigi depan aku asyik kering je sjak malam semalam.. “
” Ini baru betul dah jadi halal nak treat macam queen… bukan sekadar nak impress orang… Best tak kena lepuk tu banglong haha.. semoga Fattah Amira happy forever.. “
” Fatah ni suke menyakat Mira.. Dah jadi mangsa tamparan kaklong hahahahah.. comel tgk budak berdua ni.. Wehh sengeh2 lagi la aku sorng2 sosweet la dorng ni.. “
” Alhamdulillah Congratulations couple made frm Heaven.. Sempoi terus honeymoon.. soooo sweet till Jannah.. “
” Alamak knp aku yg blushing ni… Aahhhhh.. apa niii buat pgntin lama jelesss.. Sweetnya amira lepuk fattah.. sebelum ni takleh sentuh, sekarang rasakan tepukan Amira.. “
Alahai sweet sungguh pengantin baru naik ATV bersama-sama. Sempat juga Fattah dan Amira menyantuni peminat yang menyapa sepanjang mereka berada di sana. Apa-apa pun, semoga berbahagia selalu Fattah dan Amira dan bercinta lah sehingga ke akhir hayat.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Inspirasi.my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen