Artis / Selebriti
” Memang awesome, terbaik lah Zain.. ” – Netizen

Kongsi Gambar Hasil Tangan Membuat Kerusi Study Untuk Anaknya Aaisyah Dhia Rana, Perkongsian Zain Saidin Raih Pujian Ramai. Wow Pandai Bertukang Rupanya Suami Che Ta Ni !!
Meninjau di akaun Instagram pelakon Zain Saidin, yang juga merupakan suami selebriti terkenal Rozita Che Wan telah berkongsi beberapa gambar aktivitinya ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).
Menerusi gambar tersebut, Zain telah membuat kerusi sementara untuk anaknya, Aaisyah Dhia Rana untuk mengulang kaji pelajaran. Paling menarik, kerusi tersebut dihasilkan menggunakan kayu-kayu yang terbuang, kongsi Zain di postingnya.
Jika dilihat, memang kerusi yang dihasilkan oleh Zain itu sangat cantik dan menarik. Malah, Zain juga menyatakan seterusnya dia akan membuat meja untuk Aaisyah pula. Perkongsian Zain tersebut telah mendapat perhatian netizen.
Ada peminat yang memuji Zain seorang yang pandai bertukang dan menyarankan Zain untuk menyertai group ‘tukang apa hari ini’ di laman media sosial Facebook bagi mencari idea yang menarik untuk menghasilkan lagi seni kerja kayu tersebut.
Ikuti perkongsian gambar oleh Zain di bawah ini :
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, ramai yang kagum akan hasil tangan Zain menghasilkan kerusi buat anak tersayangnya. Antara komen-komen netizen adalah :
” Cantik Zain. Nanti boleh join group fb tukang apa hari ni. Mcm2 hasil seni kerja kayu kat sana ada, kebanyakkan dorg guna kayu pallet yg terpakai, blh cari idea.. “
” Nak oder satu boleh tak. Rajin betul husband Che Ta ni. Contoh artis yang terbaik. Seronok lah Ecah dapat kerusi baru.. “
” Berbakat juga yer. Hasil memang awesome, terbaik lah Zain. Nnti dah buat meja, share gambar tau, nak tengok.. “
” Pandainya daddy buat kerusi untuk Aaisyah. Bagus lah, mengisi masa lapang dengan aktivti yang berfaedah.. “
” Cantik kerusi tu, suka pula tengok. Mesti seronok si budak tu, dapat kerusi cantik. Buat muka sebiji mcm mummy dia, haha.. “
” Sebijik hobi mcm abah saya. Terbaik Zain, next guna papan skateboard pulak. Jangan lupa kongsi gmbr.. “
” Wow, daddy memang tak reti duk diam, cari keje. Hasil yang sangat cantik. Comel pula tengok kerusi ni.. “
Cayalah Zain, cantik kerusi Aaisyah tu, patut ramai yang memuji. Apa-apa pun, perkongsian oleh Zain tersebut memang terbaik dan kami dari Berita Kopak berharap semoga Zain sekeluarga akan sentiasa dalam keadaan sihat selalu. Stay home and stay safe.
Silakan SHARE…
Sumber : IG Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen