Artis / Selebriti
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen

Luahan hati Hadie Elfardie khas buat ibunya, Ina Naim sebelum melangkah ke Grand Finale Talk To My Manager buat warganet tersentuh. Sedih baca kapsyen Hadie. Cukup mendalam dan bermakna, touching sangat..
Diam tak diam, malam ini adalah kemuncak untuk program realiti Talk To My Manager (TTMM). Setelah berminggu-minggu berjuang di pentas TTMM, segalanya akan berakhir di konsert Grand Finale malam ini. Banyak peristiwa yang dilalui oleh setiap peserta yang akan menjadi moment berharga untuk mereka.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Hadie FC, telah dikongsikan satu video yang memaparkan moment Hadie bersama ibunya, Ina Naim selaku manager sepanjang mereka program TTMM. Hadie turut mencoretkan satu bingkisan rasa khas untuk ibu tersayang.
Siapa sangka, langkah Ina membenarkan Hadie untuk muncul sebagai peserta dalam program ini akan memberikan impak yang besar dalam hidup Hadie. Dari seorang yang introvert, Hadie kini semakin berani untuk ke hadapan dan meningkat keyakinan dirinya apabila berdepan dengan orang ramai.
Kata Hadie, semuanya adalah jasa ibunya yang selalu bertungkus lumus dan menjadi tulang belakang Hadie. Dalam apa jua keadaan, kecaman demi kecaman yang menyerang, ibu insan yang tetap teguh berdiri di samping Hadie untuk melihat Hadie berjaya.
Jom tonton video di bawah :
@hadiefc Terima kasih ibu sebab beri peluang kepada Abg dan izinkan Abg untuk sertai program Talk To My Manager ini. Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi Abg, menjadi tulang belakang Abg. Sentiasa positif walaupun bertalu-talu hinaan dan makian kita terima pada minggu-minggu kontroversi. Ibu memang kuat. Terima kasih Ibu. Semoga Allah memberi ganjaran sebesar-besarnya buat Ibu. Sayang Ibu sampai syurga. ❤️ #talktomymanagermy #inanaim #inanaimxhadie #hadie #suhaimisaad @ADI? @INA SUHAIMI
♬ Air mata ibu dato siti nurhaliza – Shah izzam ➴͜͡T.E RESOURCES
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Orang baik mainan orang jahil.. Allah sentiasa ada bersama anakanda Hadie.. anak arwah SS kena kuat mental, hadapi cabaran dunia yang penuh dengan kepalsuan.. simpan selalu dalam jiwa hadie ye.. “
” Allah sebaknya baca luahan hati hadie ni.. Hadie bkn sje kesayangan ibu, tp kesayangan semua org.. kejayaan bkn sbb no. 1 tp sbb keberkatan doa seorang ibu.. Inn Syaa Allah berjaya Dunia & Akhirat.. Aamiin2.. “
” Ermm menangis aku weh baca kapsyen Hadie ni. teringat mak aku.. Hadie anak soleh kesayangan ramai. Muliakan ibumu, inshaAllah Allah akan muliakan dirimu.. “
” Bahagia seorang ibu…bila dia dpt bahagiakan anak2nya… sanggup berkorban apa saja.. kasih sayang seorang ibu tiada galang gantinya… yg akan menjadi asbab jannah tmptnya.. Aamiin…hadie terus jadi anak soleh buat ibumu.. “
” Saya peminat arwah ayah hadie,walaupun saya non muslim tapi saya suka lagu lagu yang arwah ayah hadie bawak.saya juga peminat ibu hadie,seorang wanita yang sentiasa tabah dan kuat.saya juga peminat hadie kerana hadie memang sangat bebakat.semoga hadie terus berjaya,dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki.. “
” Tulusnya hati anak Ina ni, Anak soleh.. Bertuah ibu dan arwah ayah… Moga Allah pegang hati hadie selamanya.. hebatnya insan bergelar ibu, tinggi kedudukan seorang ibu dalam Islam.. “
” Tak boleh laa tgok, auto nangis.. Di balik setiap langkah Hadie, ada doa dan kasih seorang ibu yang luar biasa Ina Naim. Moga kejayaan Hadie nanti jadi hadiah terindah buat ibu yang sentiasa percaya.. smoga hadie sntiasa dlm jagaan Allah swt,berjaya dunia akhirat. Aaminn.. “
Hadie sentiasa mendahului dan mengutamakan ibunya dalam apa jua situasi. Ajaran yang arwah Suhaimi terapkan dalam diri anak-anak yang terbaik. Semoga segala pengorbanan akan terbalas dengan kejayaan. Apa jua keputusan, Hadie sudah melakukan yang terbaik dan Ina seorang ibu yang hebat.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Hadie FC
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Blend betul lagu ni dengan suara Hadie. Versi akustik macam ni lagi syahdu.. ” – Komen Netizen