Artis / Selebriti
” Menitis air mata dengan ucapan Umar.. ” – Netizen

Video Ucapan Istimewa Daripada Anak-Anak Dato’ Rizalman, Umar Nail Dan Aali Nail Sempena Ulangtahun Kelahirannya Yang Menyentuh Hati. Seb4knya Dengar Ucapan Umar, Harta Akhirat Yang Tidak Ternilai !!
Umum mengetahui pereka fesyen terkenal, Dato’ Rizalman mempunyai dua orang anak angkat yang dijaga sejak kecil bernama Umar Nail dan Aali Nail. Rizalman yang sehingga kini masih berstatus bujang menjaga anak-anaknya ini dengan penuh kasih sayang.
Meninjau akaun Instagram Rizalman71, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Umar dan Aali memberikan ucapan mereka sempena ulangtahun kelahiran Rizalman yang jat0hnya pada hari ini, 28 Oktober. Pada permulaan video tersebut, kedengaran Aali mendendangkan lagu 4 Dara yang tular kini.
Seketika kemudian, Umar menyambung dan mengajak adiknya ini berselawat sempena Maulidul Rasul yang bakal disambut oleh seluruh umat Islam pada hari esok. Suara Umar yang lunak itu memang asyik didengari dan telatah Aali yang l1ncah menceriakan lagi suasana.
Umar mengucapkan selamat hari jadi kepada babah iaitu panggilan kepada Rizalman sambil mendoakan semoga babahnya ini diberikan kesihatan dan dipanjangkan umur. Sambil mengungkapkan sayang Babah, Umar memel0k erat Aali. Alahai touching betul lah dua beradik ini, so sweet.
Jom tonton video di bawah :
https://www.instagram.com/p/CG3a-G2Jqda/
Gelagat Umar dan Aali ini menarik perhatian peminat. Sudah dewasa Umar dan menjadi anak yang baik sebagaimana diimpikan oleh Dato’ Rizalman. Antara komen-komen peminat :
” I dont know why, i feel touch with this video.. Happy Birthday Dato’. Semoga Dato sentiasa dirahmati Allah SWT , sentiasa dimurahkan rezeki & dikurniakan kesihatan yang sempurna.. Aameeeennnnn YRA.. “
” Dato’ ada rasa ter1ak dak time tulih caption ni. Menitis air mata dgn ucapan umar. Allahuakbar I’m cry1ng, moga inilah harta akhirat dato’.. “
” Selamat Hari Lahir Dato Rizalman IbrahimTears my eyes dato.. semoga ALLAH mbalas sgla kbaikan Dato dgn mjaga anak2 syurga ini dgn baik. Ni baru saya suka tengok more of these two brilliant kids sejuk mata memandang.. “
” Selamat menyambut ulang tahun Dato’ RI. Semoga Dato’ dipanjangkan usia dan dilimpahkan rezeki agar dapat membantu insan-insan di luar sana. Semoga Dato’ sentiasa dilindungi Allah SWT.. “
” Elok mai part kami sayang babah tu trus sebak tgk. Semoga Allah permudahkan urusan dato sekeluarga. Selamat hari lahir dato.. “
” Awwwh so sweet anak2.. semoga Dato’ diberikan kebahagiaan dan kesihatan baik yang berpanjangan.. happy birthday.. “
” Beruntung umar dan ali dapat babah macam dato… anak2 anugerah terindah dariNya dan Dato’ dah didik sebaiknya .. alhamdulillah tahniah Dato’ insyallah dato harta akhirat ni akan membanggakan dato’.. “
Ucapan yang ringkas namun memberi seribu pengertian untuk seorang ayah. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Dato’ Rizalman. Semoga sentiasa dirahmati Allah dan segala impian dimakbulkan Allah. Aamin
Silakan SHARE..
Sumber : IG Rizalman71
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen