Artis / Selebriti
” Meremang bulu roma dengar takbir raya Amir. Betul-betul sampai ke hati.. ” – Netizen

Perkongsian Video Teaser Alunan Takbir Raya Oleh Amir Sisi Buat Warganet Tersentuh. Alahai Menusuk Sampai Ke Hati Alunan Suara Amir. Merdu Dan Syahdu, Ada Yang Terus Terkenang Mak Ayah Yang Sudah Tiada !!
Menerusi akaun Tiktok Termoj Production, telah dikongsikan satu video yang memaparkan rakaman ketika Amir sedang mengalunkan takbir raya. Kata cikgu yang menjaga Amir, ini adalah sedikit teaser untuk mengubati kerinduan peminat terhadap Amir.
Turut tertulis pada ruangan kapsyen, harapan guru Amir ini agar semua tetap menyokong karier Amir kerana mereka hanya lah pembimbing Amir. Mendengar alunan suara Amir ini membuatkan ramai yang tersentuh hati. Lunaknya suara Amir ini sehingga menusuk tepat ke hati.
Yang sudah tiada mak dan ayah, pasti akan mengalir air mata teringatkan Aidilfitri yang tidak semeriah ketika masih ada mereka. Bagi yang ibu dan ayah jauh di kampung, takbir raya Amir ini membuatkan semua tidak sabar untuk pulang beraya bersama mak dan ayah tercinta.
Alunan suara Amir yang mendayu-dayu itu mendapat pujian daripada ramai warganet. Bak kata Dato’ Awie dahulu, Amir ini adalah istimewa. Apabila Amir buka mulut sahaja, semuanya akan kedengaran sedap. Kalau menyanyi pun boleh menyentuh hati, apatah lagi takbir raya sebegini.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@termoj.production6 Inshaa allah nak ubatkan kerinduan peminat Amir..Adalah habuan cikit2..harap terus sokong karier Amir,kami hanya pembimbing inshaa allah.#permatadaribelantara #amirsisi #viral_video #berandafypシ #diaridaripedalaman #termojproduction #fypシ
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Anugerah yang terindah buat adik amir semoga Allah sentiasa melindungi mu.. meremang bulu roma dengar takbir raya Amir, betul-betul sampai ke hati.. ”
” Kami memang rindu Amir dan suaranya tu.. sedap nya bila bergema takbir raya semoga amir berjaya dunia akhirat…. Aamiin aamiin aamiin ya robbal alamiin.. ”
” Amir memang mantap suarami.. Macam nak menangis dengar takbir Amir ni. Merdunya lah hai.. ”
” Manja dengar suara Amir tu, lunak. Sedap suara takbir Amir, meresap ke kalbu. Terus terkenang mak ayah yang dah tiada.. ”
” Merdu dan syahdu suara Amir. Amir dah tak segak-segan depan kamera lah. Comel sangat-sangat.. ”
” Alhamdulillah semakin bnyak ilmu yg amir belajar muga brjaya dunia akhirat. Suara Amir mendayu-dayu buat kita terkenangkan desa tercinta.. ”
” Alhamdulillah, merdu suara takbir, sayu dengar.. allahukbar … suara yg punya aura tersendiri .. sgt2 sdap didengar.. ”

Klik gambar untuk info..
Suara Amir ini membuatkan ada yang menangis mendengarnya, sememangnya suara Emas yang tidak ada pada orang lain. Pastinya ramai yang tidak sabar hendak mendengar alunan takbir raya penuh oleh Amir nanti. Apa-apa pun, terus melangkah maju ke hadapan Amir walau apa jua dugaan yang mendatang.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Termoj Production
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen