Artis / Selebriti
” Meremang dengar sampai meleleh air mataku. Versi Maryam sampai ke dalam hati.. ” – Netizen

Video Maryam You Narae Cover Lagu Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Aku Bidadari Syurgamu Buat Ramai Tersentuh. Merdunya Suara Maryam, Menusuk Ke Hati. Sampai Ada Yang Menangis Dengar. Ada Yang Kata Macam Gabungan Suara Dayang Nurfaizah Dan Elizabeth Tan !!
Nama Maryam You Narae semakin menjadi sebutan dan meningkat naik popularitinya. Dari seorang Youtuber, Maryam kini juga dikenali sebagai pelakon. Tampil dengan imej berhijab, Maryam semakin menjadi tumpuan ramai wargamaya.
Selain berlakon, Maryam rupanya ada bakat terpendam sebagai seorang penyanyi. Meninjau akaun Instagram Maryam You Narae, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Maryam menyanyikan lagu dendangan asal penyanyi nombor 1 negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza.
Membuat cover lagu Aku Bidadari Syurgamu, nyanyian Maryam sangat baik dan membuatkan ramai yang kagum dengan kefasihan Maryam menyebut perkataan bahasa Melayu. Suara yang lunak dan merdu, ada yang mengatakan suara Maryam ini kedengaran seperti gabungan suara Dayang Nurfaizah dan Elizabeth Tan.
Penghayatan Maryam ketika mengalunkan lagu ini berjaya membuat ramai warganet yang menonton video ini menangis. Lirik lagu ini sememangnya menyentuh perasaan, ditambah lagi dengan suara Maryam, bertambah sedih jadinya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Maryam ini sehingga kini telah pun meraih lebih 30 ribu tanda suka daripada warganet. Lebih 1000 komen diberikan dan antara yang dapat kami kongsikan bersama pembaca :
” Sedih la .. kenapa rasa sebak bila maryam nyanyi lagu ni.. padahal lagu ni selalu dgr, tak feeling mcm yg maryam nyanyi… ”
” Macam suara Elizabeth tan campur dayang, sedap suara Maryam ni. Aku ni jarang komen , tapi memang sedap sangat , mula mula ingat miming je.. ”
” Macam suara Dayang Nurfaizah lah. Sedapnya suara Maryam.. We need more cover from you.. daebakk.. ”
” Kalau pejam Mata dgr Maryam nyanyi lagu ni boleh menangis tau , lagu NI feel dia terlalu Dalam DPT Rasa tau .. starting dah sedap merdu. love sangat.. ”
” Banyak-banyak yang cover lagu tokti, yang ni paling sedap rasanya didengar.. bapak sedap suara Maryam, first time dengar.. ”
” Wow meleleh air mata ku, sangat-sangat menghayati, congratulations maryam.. Meremang dengar suara awk dik.. lunak ya.. mmg smpe ke hati feel tu.. keep it up.. ”
” Sedap la maryam xde dgr sgt slang korea dah.. pandai maryam bwk lagu melayu cayalah.. menusuk sampai ke jiwa, bergenang air mata.. dengar versi Maryam sampai ke dalam hati.. ”
Lunak sungguh suara Maryam, boleh buat lagu single sendiri selepas ini. Bakat Maryam ini boleh pergi jauh lagi dan jika terus digilap, siapa tahu Maryam boleh jadi penyanyi terkenal selepas ini. Apa-apa pun, usaha yang hebat daripada Maryam dan terbukti Maryam ada bakat dan suara anugerah Allah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Maryam Younarae
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen