Artis / Selebriti
” Mommy to be sebak dapat kejutan daripada husband.. ” – Komen Netizen

Video Nabila Razali menerima kejutan sambutan hari lahir daripada suaminya, Nik Iruwan raih perhatian ramai. Betul-betul terkejut Bella bila masuk bilik tu. Terkejut pun comel mak buyung ni. Tak sangka husband Bella sweet sangat orangnya..
Selepas hampir setahun mendirikan rumah bersama jejaka pilihan hatinya Nik Iruwan Nik Izani, penyanyi Nabila Razali baru-baru ini telah mengumumkan yang dirinya sedang hamil anak sulung mereka. Kongsi Nabila kepada media, Nabila bakal menimang cahaya sulung pada bulan Januari tahun hadapan.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Nabila telah memuatnaik video yang memaparkan dirinya menerima kejutan istimewa daripada Nik Iruwan sempena hari lahirnya yang ke 32 tahun. Menerusi video itu, kejutan yang dibuat oleh Nik Iruwan adalah mengadakan majlis makan bersama-sama beberapa jemputan yang hadir.
Kelihatan majlis tersebut dimeriahkan dengan belon berwarna pink dan putih serta bunga-bungaan segar di atas meja. Selepas itu, turut kelihatan Nik Iruwan membawa sebiji kek hari lahir kepada Nabila dan menyuap sepotong kek kepada Nabila.
Perkongsian video itu telah mendapat perhatian para peminat Nabila. Ramai yang mendoakan di hari lahir Nabila, segala urusan Nabila untuk melahirkan anak tidak lama lagi akan dipermudahkan serta mendoakan rumah tangga pasangan ini akan terus kekal hingga ke akhir hayat.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan turut memberikan kata ucapan selamat hari lahir kepada Nabila. Antara komen-komen menarik adalah :
” Happy birthday mak buyung. Comelnyaa dia.. Semoga dipermudahkan urusan Nabila, bahagia selalu dan yang baik2 sahaja untuk kamu.. “
” Happy birthday nabila.razali .. Makin cantik berseri mommy to be nie.. Semoga segala urusan Nabila bersalin nanti dipemudahkan dan selamat semuanya.. “
” Alololo sweetnya tengok pasangan ni, hehe.. Mommy to be sebak dapat kejotan daripada husband.. Happy birthday Nabila, love youu.. “
” Hahahhahahaha kapsyen memang kelakar, nasib video sweet.. Happy birthday Nabila, semoga segala urusan dipermudahkan.. Amin.. “
” Happy Birthday Kak Bella.. Semoga Kak Bella sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.. Didoakan smoga urusan Kak Bella bersalin nanti dipermudahkan semuanya.. “
” Selamat hari lahir Nabila, hari ni sambut birthday, nanti beberapa hari lagi sambut anniversary pula.. Semoga kalian berdua terus bahagia selama-lamanya.. “
” Happy birthday mommy to be.. Tak sabar nak tengok anak Nabila nanti.. Semoga urusan Nabila melahirkan baby nanti dipermudahkan.. “
Sweet sungguh mendengar ucapan suami untuk Nabila. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak juga ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Nabila. Semoga Nabila sentiasa sihat, dimurahkan rezeki dan segala urusan Nabila bersalin nanti dipermudahkan oleh Allah SWT.
Silakan SHARE..
Sumber : IG nabila.razali
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen