Artis / Selebriti
” Nah haii, Kak Long rojak semua versi dari utara sampai selatan, haha.. ” – Komen Netizen
Video Amira Othman menyanyi lagu Rasa & Takdir dalam versi loghat Utara buat ramai terhibur. Berdekah semua dengar Kak Long menyanyi. Ni dah bukan loghat Utara je, dah masuk ke Selatan dan Pantai Timur dah perginya, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik stesen radio Hot FM, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan penyanyi Amira Othman dan adiknya, Irfan Haris sebagai tetamu jemputan dalam segmen petang bersama penyampai radio, Fizi Ali dan Aisha.
Namun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah salah satu video yang menunjukkan Amira diminta untuk menyanyikan lagu popularnya bertajuk Rasa & Takdir dalam versi loghat Utara. Pada awalnya, kedengaran Amira seakan-akan menggunakan loghat Negeri Sembilan sebelum menukar gaya sebutannya.
Lebih mencuit hati, Amira tetap mencuba menyanyi menggunakan pelbagai loghat negeri termasuk Utara, Kelantan, dan lain-lain. Malah, di penghujung nyanyiannya, Amira sempat mencampurkan semua loghat dalam satu persembahan yang mencetuskan gelak tawa daripada adiknya, Irfan serta penyampai radio, Fizi dan Aisha.

Ketika Irfan tergelak besar, dia sempat beberapa kali mengusik kakaknya kerana tersasul ketika meniru loghat Utara. Momen spontan itu membuatkan suasana studio menjadi meriah dan menceriakan pendengar. Sehingga kini, video nyanyian Amira ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan oleh warganet dan rata-ratanya begitu terhibur mendengar nyanyian Amira tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Nah haii, kak long rojak semua versi dari utara sampai selatan, haha.. Kak long memang random betul ni.. “
” Tak dia nyanyi campur smua loghat pun sedap mcm mana ni.. Lagu mano nok royak raso hoknii, HAHAHAHA.. “
” Hahahah, adoii laa… Konfiden level KakLong tggi ekk… Comeyy jekkk.. Sejak2 lepas kahwin ni, makin kelakar yer dia.. “
” Bagus Mira ni, dia tak gedik dan takde buat2 macam baik nak amik hati org…. Dia diri dia, no fake.. Tengok dia bercakap pun dah tahu.. “
” Dah mcm masak 3 rasa tu kakya.. Tergelak tadi dengar.. Hahaha betul la Amira skrg kelakor, terhibur kita tengok.. “
” Hahahhaa ayam ungkep pun masuk sekali.. Masing-masing dah tak tahan nak ketawa, last2 semua berdekah, haha.. “
” Memang terbaik lah kak long, hahahaa.. Love Kak Long.. Cute tengo dua beradik ni.. Betul lah Abg long pernah kata Kak Long kelako sgt.. “
Ternyata rupa-rupanya Amira bukan sahaja mempunyai suara yang merdu, malah turut memiliki sisi kelakar yang boleh menceriakan suasana. Gelagatnya yang spontan dan bersahaja membuatkan ramai semakin menyenangi dirinya. Benar lah apa yang dikatakan oleh Fattah sebelum ini, Amira sebenarnya memang seorang yang kelakar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG hotfm976
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti3 days ago” Thank you YB clearkan gosip berkeliaran sehari dua ni. I know YB Saddiq will backup Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Padu teruk gabungan Umai dengan Hafiz. Lunak suara, dua dua ada masterpiece.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Menyempat lagi yer Kak Lina kita buat kelakar. Last tu memang berdekah dengar.. ” -Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kenapa nak marah-marah saya. Jodoh saya, jodoh saya lah. Itu bukan urusan anda semua.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti2 days ago” Seganas ganas babah, redho je kena goreng dengan anak ehh, haha.. ” – Komen Netizen


