Artis / Selebriti
” Nak gelak dosa tak yer. Orang dengar selawat rasa insaf, aku dengar selawat ni rasa berdosa sangat.. ” – Komen Netizen

Video Zarina Zainuddin mendendangkan Selawat Tafrijiyah dan Nasheed I’ktiraf raih perhatian ramai. Alamak lain macam betul feel dengar alunan suara zikir Zarina ni. Maaf Zarina, ramai yang tergelak sama, komen pun kelakar-kelakar semuanya, hehe..
Zarina Zainuddin sememangnya dikenali sebagai pelakon sejak awal kemunculannya dalam dunia hiburan. Lakonan Zarina memang hebat dan ramai yang menyukai lakonannya. Namun berbeza pula apabila Zarina cuba untuk menunjukkan bakatnya menyanyi.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Zarina Zainuddin, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Zarina mendendangkan Selawat Tafrijiyah dan Nasheed I’ktiraf di studio. Ianya kali pertama Zarina secara terbuka berkongsi suara nyanyiannya kepada umum.
Pelbagai komen diberikan oleh warganet dan rata-ratanya tidak dapat menahan jari jemari mereka untuk meninggalkan komen. Suara Zarina dan penghayatannya itu meresahkan hati warganet. Memetik komen warganet, video ini juga satu dugaan untuk mereka mendapat pahala.
Jarang dapat mendengar alunan zikir sebegini dan ianya menggeletek hati ramai. Meninjau ke ruangan komen semakin membuatkan warganet terhibur dan ketawa sendiri. Berbagai-bagai komen yang melucukan dan tidak kurang juga yang memuji keberanian Zarina.
Jom tonton video perkongsian di bawah :
@zarinazainuddinzz Lepas n#post video ni ada pulak orang meninggal 😢.. Saya nak bagitahu saya bukan penyanyi dan tiada niat pun untuk buat album .. semuga sama2 dapat kebaikkan walaupun telinga korang naik bengkak tumbuh bisul dengar suara aksk yg tak sedap ni ..
@zarinazainuddinzz Selamat Malam Selawat Tarfijiysh
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Biasa dengar selawat rasa tenang hati kali ni rasa geli hati.. Ya Allah ampuni kami, vtt ini pun salah satu ujian.. “
” Aku bukan ketawa dia selawat tu… yang aku ketawa sebab baca komen hampa.. terhibur betul baca komen. korang semua macam-macam betul haha.. “
” Gelak dosa tak ya haha.. nak pause macam tak boleh sebab dah dengarkan.. Ni doa taubat kan? Asal aku rasa dosa aku makin bertambah je ni.. “
” Vibrato banyak sangat ni hehe.. sesungguhnya syurga itu bukan percuma ye.. aihh makin sulit jalan aku ni.. ampunkan dosa dosa kami ya Allah . sungguh kami semua dalam ni nak masuk syurga.. “
” Sesungguhnya aku sgt berdosa.. tapi ingin ke syurga… maaf kak saya tergelakkkk haha.. tak jadi insaf.. ingatkan ada 1 je video, ni yang ke 2 dah.. “
” Komen korg btul2 x relaxx la.. apa pn sy mndgr selawat ne smpai hbis walaupn dgr seakan akan akak nk menangis.. next blh cuba lg.. “
” Orang dengar selawat insaf… aku dngar selawat ni rse berdosa sngat… Dengar zikir akak auto susah hati.. ya Allah permudakan la jalanku ke syurgamu.. “
Percubaan yang berani daripada Zarina dan niatnya cuma untuk berkongsi rasa keinsafan. Komen-komen warganet juga sekadar gurauan untuk Zarina dan semoga Zarina tidak berkecil hati. Apa-apa pun, semoga pembaca juga mendapat kebaikan dari video zikir yang Zarina kongsikan ini.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Zarina Zainuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen