Artis / Selebriti
” Nampak je diam, rupanya lama dah pendam. Lancar je dialog Mirul, haha.. ” – Komen Netizen

Video Ain Edruce dan suaminya, Amirul Hafiz buat challenge bertukar karakter buat ramai terhibur. Fuh tak sangka, bila Mirul jadi Ain, bukan main laju Mirul bercakap. Hafal semua ayat Ain, kantoi semua perangai Ain dekat rumah. Speechless Ain dengar, haha..
Pengacara Ain Edruce sememangnya dikenali ramai kerana perangai gila-gilanya yang menghiburkan. Telatah Ain dan suaminya, Amirul Hafiz juga selalu membuat warganet terhibur kerana Ain dan Amirul mempunyai karakter yang sangat jauh berbeza.
Meninjau entry di akaun Tiktok Ainnedrucce, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ain dan Amirul membuat challenge bertukar character antara satu sama lain. Ain berlakon menjadi Amirul, manakala Amirul pula melakonkan perwatakan Ain.
Menerusi video ini, Ain meniru gaya Amirul yang blur dan sangat kurang bercakap. Ekspresi wajah Ain itu mencuit hati warganet tetapi apabila sampai giliran Amirul menjadi Ain, bertambah-tambah kelakar jadinya. Ibarat memutar kembali video percakapan Ain, Amirul menyebut satu persatu ayat-ayat yang Ain selalu ucapkan ketika di rumah.
Memetik komen warganet, ini adalah kali pertama dapat melihat Amirul selancar dan bercakap sebanyak ini. Amirul sepertinya menghafal semua ayat Ain dan ianya ibarat sesi luahan perasaan yang sudah lama terpendam dalam hati Amirul. Amirul perform betul kali ini sehingga kan Ain sendiri pun terkedu.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@ainnedrucce Layan jelaa eh😂 #ainedruce #amirulhafiz #fyp #foryou #foryoupage #fypp
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 50 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Rupanya selama ni mirup banyak diam sebab dia hafal semua perkataan yg kluar dari mulut bini dia haha.. dah pecah rahsia dah ain.. mirul berdialog panjang.. “
” Mesti mirul dah lama pendam. tu sebab lancarrrr je dialog dia HAHAHAHA.. rupanya mirul jadi ain baru tak speech delay.. “
” Elok pulak si mirul bercakap laju.. First time lah mirul bercakap lebih 10 perkataan.. nampak je diam, rupanya lama dah pendam.. “
” Yang ni takyah rehearsal banyak kali. Mirul perform haha.. ni lebih kepada luahan perasaan terpendam ni.. “
” Ni bukan lakonan.. ni betul2 , sebab tu si mirul tu takde gagap-gagap.. kalau di biar lagii bnyk rahsia Ain akan terkeluar.. “
” Hahaha mirul cakap lama dah ni aku pendam ni, alang-alang dia suruh jadi ain meh aku citer satu-satu haha.. “
” Hahahaha kelihatan ain agak menyesal buat trend ni.. mirul sbnar nya luahkan prsaan tu, kali ni turn ak lak.. “
Apabila Amirul dapat peluang menjadi Ain, hilang terus semua blur Mirul selama ini. Mirul punya kepantasan bercakap itu memang sebijik sama seperti cara Ain bercakap. Terdiam terus Ain apabila Amirul ‘meluahkan’ perasaannya. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga semua terhibur.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ainnedrucce
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen