Connect with us

Artis / Selebriti

” Nampak kehidupan Bonda kali ni betul-betul bahagia, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen

Muatnaik beberapa gambar membawa anak-anak dan cucu-cucu bercuti ke luar negara, perkongsian oleh Bonda Rozita Ibrahim curi perhatian ramai. Part gambar ramai-ramai dengan suami Bonda, En Amin tu sweet sangat..

Meninjau di akaun Instagram milik usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim, telah dikongsikan beberapa gambar yang memaparkan Bonda bersama anak-anak dan cucu-cucunya. Tulis Bonda, kali ini Bonda membawa anak-anak dan cucu-cucunya pergi bercuti di luar negara.

Kelihatan cucu-cucu Bonda yang turut serta bercuti adalah anak-anak Dato’ Aliff Syukri iaitu Ammar, Qadejah dan Ibraheem. Manakala anak-anak Bonda pula adalah Ain serta Amani. Tulis Bonda, seorang lagi anak perempuannya, Ajah tidak turut serta bersama mereka.

Perkongsian gambar-gambar oleh Bonda itu telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan suka melihat kehidupan Bonda sekarang yang kelihatan semakin bahagia. Bukan itu sahaja, gambar bonda bersama-sama anak-anak daranya juga mendapat pujian.

Komen warganet, anak-anak Bonda mewarisi kecantikan daripada Bonda. Sehingga kini, perkongsian gambar oleh Bonda itu telah menerima puluhan ribu tanda suka setakat artikel ini ditulis. Wah, seronok wajah masing-masing dapat mengisi masa bersama.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

(Klik butang kanan > untuk melihat gambar seterusnya) 

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian gambar oleh Bonda dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Happynya tengok semua dapat luangkan masa bersama.. Nampak kehidupan Bonda kali ni betul2 bahagia.. Alhamdulillah.. “

” Semoga Allah melindungi Bonda sekeluarga sepanjang perjalanan Alhamdulillah.. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.. “

” Alhamdulillah… Tumpang happy tgk bonda sekarang.. Semoga slmt perjalanan pergi dan balik. Happy holidays bonda.. “

” Alhamdulillah syukur comel2 nye selmt bercuti bonda selmt berbahgia bonda.. Alhamdulillah Baem dah sihat. Selamat bercuti n take care.. “

” Masyallah tabarakallah seronokk nyaaa semoga selamat sampai.. Bahagia betul Bonda dapat isi masa dengan cucu2 dan anak2.. “

” Cantik2 anak bonda n cucu jgak, betul2 mewarisi kecantikan daripada Bonda.. Alah kenapa Ajah tak join sekali bercuti.. “

” Selamat bercuti bonda, ayahanda , anak2 bonda serta cucu2 bonda semuanya. Semoga semuanya sentiasa dlm perlindungan Allah selamat pergi dan selamat pulang kembali.. “

Tumpang gembira warganet melihat anak-anak Bonda turut sama meluangkan masa dengan Encik Amin. Umum mengetahui sebelum ini ada konflik antara mereka. Apa-apa pun, selamat bercuti Bonda sekeluarga, semoga selamat pergi dan pulang nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG bondarozitaibrahim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Shampoo Treatment Jungle Girl
Glad2Glow Powder Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
📰 Berita💰 Ekonomi: EkonomiPendidikan🎬 Hiburan: Hiburan⚽ Olahraga: Olahraga💻 Teknologi: Teknologi🏛️ Politik: Politik🏥 Kesehatan: Kesehatan
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized