Artis / Selebriti
” Nampak macam berisi. Berisi pun tetap nampak comel.. ” – Netizen

Bella Astillah Kongsi Video Terbarunya, Namun Wajahnya Yang Nampak Sedikit Temb4m Buat Peminat Terkej0t. Betul Ke Hamil Ni, Ada Yang Siap Ucap Tahniah Lagi !!
Kisah peribadi penyanyi jelita ini sering menjadi tumpuan peminat. Bella Astillah pernah menjadi isteri kepada penyanyi yang berasal dari Singapura, Aliff Aziz. Sudahpun memiliki seorang anak lelaki bernama Ayden Adrean, Bella kini aktif dalam lakonan dan nyanyian single terbarunya berjudul Tenang.
Baru-baru ini, tular di semua media tentang berita Bella sudah kembali rujuk dengan Aliff Aziz dan kini berbadan dua. Bella yang tidak memberikan apa-apa penjelasan cuma meminta semua mendoakan yang terbaik buat dirinya. Terdahulu, Bella pernah diwawancara untuk mendapatkan kepastian tentang status hubungannya ini.
Menjelaskan perlu menjaga hati kedua-dua belah pihak keluarga, Bella mengunci mulut dari membuat sebarang pengesahan. Tidak mahu men1pu dan berkongsi lagi kisah peribadinya kerana mengambil iktibar dari peristiwa lalu, gos1p terkini kehamilannya buat dirinya kembali diperkatakan ramai.
Menerusi akaun Instagram, Bella berkongsikan satu video yang memaparkan promosi raya edition bagi produk Luxe perfect cover. Memaklumkan tentang perasmian produk ini kepada peminat, wajah Bella jadi tumpuan netizen. Nampak berisi dan macam sesuatu sangat. Apakah benar berita yang viral mengatakan Bella sudah rujuk dengan Aliff dan kini sedang hamil ?
Jom tonton video di bawah :
https://www.instagram.com/p/B_ZXisLjp6p/
Rata-rata netizen menegur perubahan Bella ini. Antara komen-komen netizen :
” Comel dan cantik, walaupun tak pakai makeup.. “
” Bella ada isi ye.. Tahniah.. “
” Uisshhh Bella.. Kenapa nampak macam berisi.. Berisi-berisi pun tetap nampak comel.. “
” PKP pipi makin bulat sis. Selamat berpuasa bella.. “
” Bella nampak berisi comel.. “
Walaupun tanpa sebarang solekan, Bella memang dah cantik semulajadi. Tapi perubahan wajahnya yang sedikit tembam ni memang ketara. Apa mungkin berita Bella hamil itu benar. Andai benar, tahniah diucapkan. Apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga Bella sentiasa gembira dan bahagia disamping keluarga tersayang. Selamat menjalani ibadah puasa Bella !
Silakan SHARE..
Sumber : IG Bella Astillah by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen