Artis / Selebriti
” Nampak manja betul lah Lara dan Lila dengan Auntie Joy.. ” – Netizen

Video Anak-Anak Awal Ashaari, Lara Alana Dan Lila Amina Menyambut Hari Lahir Penjaga Mereka, Auntie Joy Raih Perhatian Warganet. Alahai Manja Betul Lara Dan Lila Dengan Auntie Joy !!
Bagi yang mengikuti perkembangan anak-anak selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya iaitu Lara Alana serta Lila Amina pasti mengetahui yang kedua-dua anak mereka ini telah dijaga oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Joy.
Insan tersebut sangat istimewa kerana dia sentiasa di samping Lara dan Lila sejak dari kecil lagi. Terlalu banyak pengorbanan Joy termasuklah menjadi pembantu peribadi keluarga, penjaga Lara dan juga menjadi ‘kakak’ buat dua adik beradik itu.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Lara, dikongsikan video dan beberapa gambar yang memaparkan Lara dan Lila menyambut hari lahir Joy. Menerusi video itu, kelihatan mereka berada di sebuah restoran serta ada sebiji kek di atas meja.
Lara dan Lila duduk di sebelah Joy, mereka bersama-sama menyanyikan lagu ‘Happy birthday ‘ buat Joy lalu memberikan kucupan di pipi Joy. Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet. Sehingga kini video sambutan hari lahir Joy menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya.. )
Di ruangan komen, selain menyukai perkongsian tersebut, rata-ratanya turut memberikan kata ucapan selamat hari lahir kepada Joy. Antara komen-komen menarik adalah :
” Yang tak birthday lagi sengih kemain, comel Lara dan Lila.. Dah besar dah mereka, makin comel tengok, muka masing-masing sebiji, hehe.. “
” Lara dah matang lah.. Btw sape yang paling rapat dengan aunty Joy.. Lara or Lila.. Happy birthday aunty Joy.. “
” Happy birthday Aunt Joy, semoga sentiasa sihat selalu dan dimurahkan rezeki.. Thanks for taking care those two little princesses.. “
” Happy birthday Aunty Joy.. Mashallah bless this family.. Nampak manja betul lah dorang dengan Aunty Joy.. “
” Lila kenapa comel sangat, haha.. Lara pun comel juga.. Kejapnya dua beradik dah besar.. Tq Joy jaga Lara dan Lila dengan baik.. Happy birthday.. “
” Aunty Joy dont aged still look the same. Aunty joyyy still looking younger.. Happy Birthday.. May Allah bless you always.. “
” Ger4mnya tengok budak kecil tu, tak sabar nak tiup lilin.. Happy birthday auntie Joy.. Semoga happy2 selalu bersama Lara n Lila.. “
Alahai seronok sungguh Lila dan Lara dapat meraikan hari lahir Auntie Joy. Kelihatan dua beradik ini sangat menyayangi penjaga mereka yang sudah lama menjaga mereka. Apa-apa pun selamat hari lahir Joy, semoga diberikan kesihatan yang baik dan segala urusan dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG laraalanaa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen