Connect with us

Artis / Selebriti

” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

Video ucapan daripada Mama dan Abuya YB Syed Saddiq untuk Bella Astillah setelah selesai majlis pertunangan buat ramai tersentuh. Touching sangat kata-kata Mama dan Abuya YB tu, lagi-lagi bila sebut nama Ayden dan Ara..

Majlis pertunangan Bella Astillah dan YB Syed Saddiq masih lagi menjadi berita hangat yang menjadi perbualan orang ramai. Pelbagai lapisan masyarakat menantikan berita gembira daripada pasangan ini dan hanya tinggal selangkah sahaja lagi untuk Bella dan YB Saddiq ke jinjang pelamin.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram MeleToP, telah dikongsikan satu video yang memaparkan ucapan khas daripada saksi-saksi utama percintaan YB Saddiq dan Bella. Spacedollah dan Didi Astillah, antara penyimpan rahsia pasangan ini yang setia memegang amanah rahsia percintaan tersebut.

Selain ucapan Spacedollah, Didi Astillah dan mama Bella, ucapan istimewa daripada Mama dan Abuya YB Saddiq menyentuh hati warganet. Ucapan mereka ringkas sahaja, namun kata-kata yang diungkapkan membawa maksud yang sangat mendalam dan menusuk ke hati warganet.

Ramai yang memuji cara Mama dan Abuya mengalu-alukan kehadiran Bella, Ayden Adrean dan Ara Adreanna dalam keluarga besar mereka. Mama dan Abuya adalah cerminan keperibadian yang dimiliki oleh YB Saddiq. Jika YB Saddiq digelar green flag oleh warganet, mama dan Abuya juga begitu.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Welcome bella, ayden and ara to our family. touching weh dengar ayat mama dan abuya yb ni. pelangi selepas hujan betul ayat ni.. “

” Nangis dengar dengan kata2 ini. Terharu sgt dapat bapa & mama mentua mcm itu. betapa mama dan abuya menghargai kehadiran bella, ayden dan ara dalam hidup dorang.. “

” Bapak green flag, mak green tree anak green forest.. “all of you” simple tapi mata aku berkaca-kaca.. Comelnya parents YBSS mentioned Ayden dan sekali. such a loving parent/family.. “

” Part ucapan Dr Abuya & mama YB “welcome to Bella, Ayden Ara ” & “we r proud to have all of u in our family,we r truly happy, love all of u so much looking forward to see all of u” Deep sgt kita jurai ayaq mata.. ya Allah bella sgt2 di hargai Dr pihak keluarga yg baru skrg.. “

” Abuya dan ibu ss memang kiriman dari syurga.. im cryingg dgar part mk ayh yb welcome ara and ayden.. mertua green flag.. mak mertua dan pak mertua yang bagus.. “

” So welcoming & sweeettt nya parents Syed Saddiq.. not only bella,they also welcoming ayden n ayra.. thats expensive moments.. love.. softnya ucapan dr mama dan ayah yb…mesti mereka mak dn mentua yg baik.. “

” Love YB family.. tak pandang harta, tak pandang darjat n pangkat dan tak pandang masa lalu orang… such a pure love.. sgt² positif family YB.. rasa nak meraung sbb sgt²dihargai dan dialu²kan.. “

Ucapan mama dan abuya YB Saddiq begitu menyentuh hati ramai. Contoh bapa dan ibu mertua yang menerima Bella dan anak-anak seadanya. Mertua kiriman Allah untuk Bella dan sama-sama kita mendoakan agar urusan Bella dan YB Saddiq untuk bersatu sebagai suami isteri akan dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Meletop, Tiktok Meletop

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
⚽ Olahraga: Olahraga🎬 Hiburan: Hiburan📰 Berita🏛️ Politik: Politik💰 Ekonomi: Ekonomi💻 Teknologi: Teknologi🏥 Kesehatan: KesehatanPendidikan
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized