Artis / Selebriti
” Nangis tengok seorang ayah yang begitu kuat, kehilangan anak yang tersayang.. ” – Komen Netizen

Video persembahan solo Thalita mendendangkan lagu Semakin di pentas Grand Finale Talk To My Manager buat ramai menangis. Sedih tengok atok Raissuddin berdiri di tepi katil. Situasi Thalita pula seolah-olah sama macam saat pemergian arwah Siti Sarah dulu. Touching sangat..
Persembahan Thalita antara yang dinanti-nantikan di konsert Grand Finale Talk To My Manager semalam. Sekali pun Thalita belum sembuh sepenuhnya dari Influenza yang dijangkiti sebelum ini dan ianya membuatkan suara Thalita masih serak, Thalita tetap mencuba melakukan yang sebaiknya semalam.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Siti Sarah Raissuddin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan solo Thalita membawakan salah satu lagu hits ibunya berjudul Semakin. Satu kelainan dibawakan untuk persembahan Thalita dan ianya berkonsepkan saat pemergian Siti Sarah.
Atok Raissuddin kelihatan berdiri di sebelah Thalita yang sedang terbaring di atas katil. Ianya seakan ulang tayang ketika moment terakhir Siti Sarah di hospital sebelum dirinya tidak bernyawa lagi. Suasana itu menyentuh hati para penonton baik di auditorium, mahu pun di rumah.
Turut tertulis di ruangan kapsyen ini mengatakan ketika Sarah pergi dahulu, atok Raissuddin tidak dapat melihat Sarah untuk kali terakhir. Ketika itu, Sarah sudah pun tidak sedarkan diri dan Raissuddin hanya melihat wajah satu-satunya anak perempuannya ini menerusi panggilan video.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kesiannya ayah siti sarah. Nobody talked about how he lost her.. hilang anak ni sakit sangat.. Terubat rindu pd arwah sarah. Semoga thalita jd bintang hebat mewarisi kemasyuran arwah ibunya.. “
” Sedihnyaaa teringat saat ini… Semoga arwah tenang disana, terasa mcm sekelip mata semua ini terjadi.. “
” Masa starting lagu ni nak menitis air mata. Sgt menyentuh perasaan. You have more potential. Tinggal asah lagi bakat dan sentiasa bersikap down to earth. Insya Allah you will be somebody soon.. “
” Rasa sedih sgt terbayang kan arwah kak sarah.. perasaan seorang ayah kehilangan anak.. kita yang menangis nangis tengok raissuddin tepi katil tu.. “
” Nangis tgk seorang ayah yang begitu kuat, kehilangan anak yang tersayang.. sedihnya… mcm mana thalita masih bleh nyanyi sdp gitu. Sumpah klu aku dah melalak tkleh kluar suara.. “
” Alfatihah siti sarah raissuddin Sayu sangat Tngok thalitha. .. kagum tau dia kawal emosi dia.. situasi yang tidak pernah diduga, tak move on lagi sampai hari ni dengan pemergian sarah. sedih sangat.. “
” Aduh sedih mengenangkan arwah Siti Sarah.. situasi tu buat dada ni rasa sesak sangat.. ayah yang kehilangan anak, anak yang kehilangan ibu untuk selamanya.. “
Persembahan yang menyentuh hati dan salute pada Thalita kerana mampu mengawal emosinya daripada menangis di atas pentas. Semuanya tinggal kenangan untuk Atok Raissuddin dan selamanya rindu pada Sarah tidak akan pernah berakhir. Al-fatihah untuk arwah Siti Sarah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Siti Sarah Raissuddin, IG F8buzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen