Artis / Selebriti
” Nasi aku terkeluar dari hidung bila dia cakap nama dia, haha.. ” – Komen Netizen

Video lakonan parodi drama scene dalam drama Andai Tiada Dia buat ramai terhibur. Amboi rambut dan tahi lalat pun sama. Ingatkan nak sebut nama Fatah, sekali sebut nama lain lah. Berdekah dibuatnya, lawak lah, haha..
Drama Andai Tiada Dia baru sahaja melabuhkan tirainya beberapa hari lalu. Drama tersebut masih menjadi sebutan di media sosial kerana ramai yang masih tidak dapat melupakan jalan ceritanya lebih-lebih lagi pada episod terakhir yang dikatakan mempunyai plot twist.
Meninjau di akaun TikTok milik richiamo.mart.ser,telah dikongsikan video parodi scena dalam drama Andai Tiada Dia. Video itu memaparkan dua orang lelaki dan seorang wanita melakonkan babak pada episod terakhir drama tersebut. Masing-masing kelihatan memegang payung.
Pada awalnya, wanita itu (memegang watak Suri) telah menegur seorang lelaki. Lalu, lelaki tersebut berkata adakah perempuan itu mengenalinya. Manakala seorang lagi lelaki yang memakai kaca mata, (memegang watak Haikal) memanggil nama Falah kepada lelaki itu.
Di ruangan komen, warganet yang menonton video ini mengatakan mereka berdekah ketawa ketika lelaki tersebut menyebut namanya. Ramai yang tidak menyangka lelaki itu akan menyebut nama lain, bukan lah nama Fatah seperti dalam drama Andai Tiada Dia. Sehingga kini, video itu telah menerima ribuan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@richiamo.mart.ser Andai Tiada Dia ❌ Andai Tiada Zainol ✅ #andaitiadadia #zahiriladzim #umminazeera #falah #fatah #RichiamoMartSeremban #nadilicious #fyp
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan memberikan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Nasi aku terkeluar dari hidung bila dia cakap nama dia, haha. Ku sangkan Fatah, rupanya Zainol.. Hahahahaha kelakar betul lah.. “
” Rambut dan tahi lalat tu meman nak kena bagi sama juga ka, hahahaha.. Zainol2.. Tengok muka pun awak pun saya rasa dah kelakar lah awak.. “
” Zainol nk tgelak part last, hahahaha.. Dia pun mesti rasa kelakar.. Rasa ni video paling kelakar tengok.. Adoi penangan drama Andai Tiada Dia punya pasal lah ni.. “
” Hahaha.. Adoiii la.. Akak ni dh la tgh demam dik.. Rasa lg nak demam.. Zainol betul.. Yang Fatah pun tak boleh move on lagi. Dia mai dengan Zainol pulak dah.. “
” Mlm dh ni.. Aku nk tidur.. Tapi part zainol dh 15 kali aku ulang… Apehalll.. Perabis suda dia tahan ketawa.. Hahaha parodi paling win lah aku tengok.. “
” Sorry tergelak bila sebut Zainol.. Zainol betul2 masuk roh fatah ye.. Cara bercakap pun sama selain tahi lalat tu.. Awak memang kelakar lah adik.. “
” Pandai dia menjiwai watak, hahaha.. Tapi paling tak tahan nak gelak bila dia sebut nama Zainol.. Jauh beza betul dengan Fatah, hahahahaha.. “
” Adoiii terus baik demam aku tgk zainol…ngekkkla.. Pastu, baru nk feeling, skali tgk Haikal.. Sabo je laaaa.. Masing2 mcm menahan gelak ye.. Anyway terhibur tengok Zainol.. “
Mahu tak berdekah, memang pandai sungguh mereka berlakon. Namun begitu, dapat dilihat masing-masing sedang menahan ketawa ketika meniru dialog dalam scene itu. Selain itu, akui warganet, lakonan parodi ini antara paling menarik dan sangat mencuit hati orang ramai.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok richiamo.mart.ser
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen