Artis / Selebriti
” Ni namanya sweet dalam sopan. Kita tengok pun jadi hati berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen

Video Dan Gambar YAM Tengku Puteri Afzan Dan FD Idzham Turun Ke Pasar Sera Kuantan Raih Perhatian Warganet. Cantik Dan Ayu Sungguh Tengku Afzan Berhijab Dan Berbaju Kurung. Part Yang Kongsi Minuman Tu Sweet Sangat !!
Perkahwinan diraja Puteri Sultan Pahang, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya FD Idzham FD Iskandar di Istana Abdulaziz beberapa hari lalu menjadi perhatian ramai. Cantik dan segak, pasangan ini dilihat begitu sepadan sekali.
Meninjau di akaun Instagram milik Pasar Sera Kuantan, telah dikongsikan beberapa gambar dan video sekitar kunjungan rasmi daripada pengantin baru diraja tersebut. Pasar Sera ini sebenarnya telah diadakan adalah sempena perkahwinan YAM Tengku Puteri Afzan.
Menerusi gambar dan video, kelihatan Tengku Puteri Afzan dan suami melawat beberapa gerai dan beramah mesra bersama rakyat. Pasangan ini juga turut menikmati makanan yang dijual di pasar itu. Perkongsian video serta gambar ini sekali lagi telah menarik perhatian warganet.
Ramai yang mengatakan suka melihat kemesraan pasangan pengantin baru ini. Bahkan ada juga menyifatkan Tengku Afzan seorang puteri yang sangat sopan seperti bondanya, Tunku Azizah Aminah. Sehingga kini, perkongsian ini telah menerima puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
@rssrh31 Sekali lagi tahniah buat pasangan pengantin diRaja YAM Tengku Puteri Afzan& idzham semoga kekal bahagia hingga ke Jannah Aamiin🤲🏻 #tengkuputeriafzan #fdidzham#tengkuhassanal #chepuanpanglimaputerisuraiyaafzan #royalpahangfamily #fyp
@linda7517 Selamat Pengantin Baru YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan dan pasangan FD Idzham 🫶 #Kotasas#bandarbarukuantan#Tejamarket#Tasek
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video tersebut dan memuji pasangan pengantin Diraja ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Manisnye Tuanku Puteri. Sepadan sgt kedua2.. Alahai kita pula tersenyum-senyum tengok, sweet sangat lah pasangan ni. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga.. “
” Pengantin baru ni punya rasa bahagia dia Allah je yg tahuuuuuu.. Tahniah, didoakan semoga Tengku Puteri Afzan dan pasangannya bahagia bersama.. “
” Nampak ramah dan tak sombong, suka betul tengok.. Gaya Tengku Puteri Afzan seperti bondanya.. Selamat pengantin baru Puteri Afzan.. “
” Asik ulang tgk je.. Sopan betul, gigit kat stick pun siap cover. Melayu sejati ni.. Pastu time Tengku Afzan share kopi dengan husband tu sweet betul.. “
” Ni namanya sweet dalam sopan.. Kita tengok pun jadi hati berbunga2.. Tahniah buat Tengku Puteri Afzan sudah bergelar isteri.. “
” Muka Tengku dengan husband seiras, semoga bahagia dan kekal hingga ke syurga aamiin ya Allah ya Mujib.. Alhamdulillah didoakan kebahgiaan Tengku Puteri dan suami di dunia dan akhirat aamiin yrba.. “
” Sejuk mata tengok Tengku Puteri lengkap bertudung. Semoga ikatan perkahwinan dirahmati Allah S.W.T selalu. Tahniah diucapkan, selamat pengantin baru.. “
Kehadiran Tengku Afzan dan FD Idzham ke Pasar Sera memeriahkan lagi suasana selain dapat beramah mesra dengan rakyat jelata. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan semoga hubungan rumahtangga Tengku Puteri Afzan dan FD Idzham FD Iskandar akan berkekalan bahagia sehingga ke syurga.
Silakan SHARE..
Sumber : IG pasarsera, TikTok rssrh31
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen