Connect with us

Artis / Selebriti

” Nora ni tak pernah nak burukkan ex dia. Ni la contoh wanita hebat.. ” – Komen Netizen

Video respon Nora Danish apabila diajukan soalan mengenai isu posting bekas suaminya, Nedim Nazri di Threads yang hangat diperkatakan. Ini respon Nora. Matang, tenang dan tersusun tutur katanya. Salute sangat.. 

Baru-baru ini, kecoh di platform Threads apabila bekas suami Nora Danish iaitu Nedim Nazri berkongsikan beberapa kapsyen berbaur kemarahan kepada seseorang. Ramai yang beranggapan bahawa orang yang dituju oleh Nedim adalah Nora. Lebih menimbulkan tanda tanya, Nedim ada menyebut ianya berkaitan dengan anak.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan Official, telah dkongsikan satu video yang memaparkan temubual Nora bersama wartawan. Kesempatan ini digunakan oleh wartawan untuk bertanyakan secara terus kepada Nora mengenai isu Nedim itu.

Nora menegaskan untuk tidak memberikan sebarang komen mengenai isu itu kerana dia bukan lagi bersama Nedim. Kesibukan Nora menguruskan restorannya membuatkan Nora tidak aware dengan kekecohan di Threads itu. Cara Nora menjawab meraih pujian daripada warganet.

Kata-kata yang keluar dari mulut Nora menggambarkan keperibadian Nora yang baik dan selalu positif. Untuk info, Nora dan Nedim berpisah setelah 7 tahun melayari bahtera rumahtangga bersama dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mohamed Neqayl.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Suka betul attitude Nora Danish dngn Erra Fazira.. jawapan semua bijak-bijak.. bagussnya Nora danish ni… Dari dulu lagi mmg x pernah nak buruk2 org.. “

” Bila org cantik with brain brckp smuanya trsusun je.. aku suka nora dari dulu jenis tak de burukkan pasangan dia.. Mcm ni artis yg class.. bukan jaja hal/aibkan bekas sebab tidak puas hati.. “

” Bijak jawapan dia.. ni cara betol2 artis menjawab soalan wartawan.. walaupun klu betol pun ex dia komen2 negative tuju kat dia.. dia releks je jawab mcm ni .. dia bijak.. “

” Komen yang matang, i love it.. bagus nora ni, tak pernah nak burukkan ex dia.. Ni la contoh wanita hebat. Cantik, bijak dan hati baik.. Semoga Nora terus maju jaya.. “

” Ini baru artis bijak bila menjwb soalan. wartawan ni mmg tugas mereka soal pasal kes2 panas.. baru meletop.. Salute pada Nora, memang beauty with brain.. “

” Alhamdulillah cara fikir yg baik… Selagi pandai menjaga aib org lain pasti Allah menjaga aib kita sebaik2nya… Wallahua’lam.. “

” That’s why I like her. dia cuba sedaya upaya utk jaga aib kedua dua belah pihak sbb tkut trlepas ckp atau tkut timbul isu prgaduhan nnti. Dia pun dh ckp “sebab saya mmpunyai relationship yg okay dgn dia” maknanya bkn pda ND la yg ditujukan. ND bkn baik dgn bekas2 suami dia sahaja, dgn mak mertua dia, dgn bekas2 bini laki dia pun smua dia okay dan berbaik.. “

Jawapan yang bijak daripada Nora dan ianya membuatkan warganet memuji prinsip Nora. Sekali pun sudah berpisah, tidak pernah sekali pun Nora mengaibkan bekas-bekas suaminya. Semoga Nora sentiasa diberikan kebahagiaan bersama insan tersayang dan terus maju jaya dalam perniagaannya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Media Hiburan Official, IG Nora Danish, IG Boss Nedd  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Biskut Durian Viral
Handbag Liana by AS

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
🏛️ Politik: Politik💰 Ekonomi: Ekonomi🎬 Hiburan: Hiburan🏥 Kesehatan: Kesehatan⚽ Olahraga: Olahraga💻 Teknologi: TeknologiPendidikan📰 Berita
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized