Artis / Selebriti
” Nyanyi dengan perasaan, sampai ke sini dik. Nangis dengar Thalita nyanyi.. ” – Komen Netizen

Video nyanyian anak Shuib Sepahtu, Thalita di Konsert Mini Pak Mat Western buat ramai tersentuh. Sedapnya semua lagu yang Thalita nyanyi, suara pun makin power. Part lirik ‘putus cintaku’ tu memang sebijik macam arwah Sarah nyanyi..
Selepas satu, satu rezeki anak perempuan Shuib Sepahtu, Thalita hadir dan semuanya adalah atas kehendak Allah. Kejayaan Thalita menyanyi busking di Bukit Bintang tempoh hari menarik perhatian pengeluar produk berasas daging perap, Pak Mat Western untuk menjemput Thalita.
Sebagaimana yang diwar-warkan, Thalita akan menghiburkan semua yang hadir ke perkarangan Pak Mat Western Cafe. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Eizlanjohar dan Watie.hanifiah17 , telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan persembahan Thalita semalam.
Thalita membawakan lagu Kesetiaan dendangan asal Siti Sarah. Thalita turut mendendangkan lagu Kekasih Bayangan dan Menjaga Jodoh Orang Lain dengan cukup baik sekali. Vokal Thalita semakin bagus dan Thalita menggunakan teknik nyanyian yang dipelajarinya untuk memantapkan lagi persembahannya ini.
Lontaran suara Thalita terang dan jelas dan tone suaranya saling tak tumpah seperti suara arwah Siti Sarah. Suara Thalita memang merdu dan mampu membuatkan semua yang mendengarnya terpegun. Ramai yang hadir menyokong Thalita dan ianya adalah satu kejayaan untuk Thalita.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@eizlanjohar Thalita -Kekasih Bayangan (Pak mat Western Penang) #dekta #thalita #pakmatwestern #shuib #fyp thalitanyanyipakmatwestern@shuibsepahtu @Thalita_Shuib
@watie.hanifiah17 😍✨✨#thalita #shuibsepahtu #watiehanifiah #viralvideo #fyp #pakmatwestern
@watie.hanifiah17 Jangan lupa follow and support 🫶🏻#thalita #shuibsepahtu #watiehanifiah #viralvideo #fyp #pakmatwestern
@watie.hanifiah17 🫶🏻#thalita #shuibsepahtu #watiehanifiah #viralvideo #fyp #pakmatwestern #menjagajodohoranglain #coverthalita
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Nyanyi dengan perasaan, sampai ke sini dik nangis dengar Thalita nyanyi.. Low note dia sedap sebijik arwah ibu dia.. keep shining.. “
” Mmg sedap suara talita skg.. nmpk perubahan tu.. troskn jgn stop.. ambk komen sbgai pembakar smgt utk baiki mana yg kurang.. “
” Aku sngt trdiam mendengar suara adik kami yg buat aku tak tahan nangis.. rindu sngt dgn arwah Sarah.. “
” Talita sedap suara mcm arwah ibu.. ak boleh tengok talita nyanyi laguni, sedih sangat.. “
” Thalita sangat berani, confident dan jemu berusaha. weyy sumpah aku tak perasan tu talita matang sgt la talita ni dah la cantikk.. “
” Lain btul muke talita.. hmpir x cam.. tp serious budaknye fast learner.. bru bpe bulan praktis vokal, sikit je lg.. dlm umur2 dye ni, dye Ade konfiden tggi. go talita.. “
” Dekta nyanyi lagu ni sumpah suara dia sedap gila.. perfect sangat.. nyaring dan jelas.. dia nyanyi aku yang meremang . semoga terus berjaya talita.. “
” Kecik lagi tapi suara sedap and mampu buat org berkumpul semata nak dgr dia sorang je. arwah ibu dia mesti bangga dgn dia.. “
Thalita membuktikan dirinya berbakat dan bukan hanya menumpang nama Siti Sarah. Teruskan perjuangan Thalita untuk menjadi penyanyi hebat seperti ibu. Jangan sesekali berputus asa kerana ramai yang menyokong dan mahu melihat Thalita berjaya mencapai impian Thalita.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Eizlanjohar, Tiktok Watie.hanifiah17
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen