Artis / Selebriti
” Nyaris kantoi, Fattah berdebar risau bocor rahsia.. ” – Komen Netizen

Video Amira Othman kantoikan Fattah Amin mengenai panggilan telefon buat ramai terhibur. Pelik semua macam mana Amira boleh tahu. Sesuatu sangat ni Amira, hehe..
Pickleball challenge antara penyampai Era, Haziq dan Shasha dan pasangan sensasi masa kini, Fattah Amin dan Amira Othman berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancangkan. Fattah dan Amira berjaya muncul sebagai pemenang untuk challenge ini.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Secret Girl, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Amira memberitahu Fattah ramai yang meminta untuk Fattah menyanyi lagu single terbarunya, Lelaki Terakhir. Amira juga berterus terang memberitahu dia yang memberi cadangan kepada viewers.
Menerusi perbualan mereka ini juga, Fattah memberitahu dia menunggu pihak Era memanggilnya ke konti Era untuk mempromosikan lagu barunya itu. Amira tersasul menyebut Fattah tidak mengangkat call pagi tadi ketika penyampai Era menelefon Fattah.
Mendengar ayat Amira itu, spontan Fattah tergelak dan menyebut jangan kantoikan dia. Fattah juga ada menyebut sejak bila Amira pandai kantoikan orang. Perbualan ini membuatkan warganet tertanya-tanya bagaimana Amira boleh mengetahuinya.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@im_yourgirl06 #fattahamin #amiraothman #erafm #wanitaterakhir #lelakiterakhir #doayangbaikbaik #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #foryou #foryoupage #2025 #kaklongabglong #famiracle #amiracleforfattah #mendonia #jakel #rissaskin #CapCut #CapCut #EkspresikanDenganCapCut #CapCut
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Macam mana Mira tahu pagi tadi Fattah tak nak angkat, hehe.. Kalau ada bell td mesti dah kena, “”Miraa… macam mana mira tau.. Fatah tak angkat..” ( baca dgn intonasi bell).. “
” Tadi nyaris kantoi.. Fattah brdebar risau mlm ni bocor rahsia dgn Pak Azad. Tapi tadi comel je bila Fattah asyik say sorry kt Amira.. “
” Sikit-sikit mira kantoi kan ek.. orang-orang baik ni jujur.. hahaha.. Mana Mira tahu Fattah tak nak angkat.. “
” Alolo sweetnya.. tak pe la dah terlepas ckp.. Mesti belakang camera kaklong pon terkejut alamak terlepas cakap pulak.. Doakan yang baik-baik.. “
” Amboi mira siap tau fattah tak angkat call era ek. confirm la.. tu kalau jd bini mmg dia dh peluk dah. ya Allah geram HAHAHAHAHA comeii.. “
” Seorang tahu jadual, seorang tahu tak angkat call.. ecehhhh.. dia macam lurus2 bendul2 straight2 tapi lawak.. “
” Pecah lubang… so sweet.. “sejak bila amira pandai pecah lobang ni” hahaha. banyak nampaknya rahsia dengan amira tu.. cepatlah kawin korang.. “
Sikit sahaja lagi terbongkar rahsia Fattah, Amira sudah pandai nak kantoikan Fattah. Tergelak dan terkedu wajah Fattah mendengar ayat Amira. Persoalannya, macam mana Amira boleh mengetahui Fattah tidak mengangkat call daripada pihak Era. Wah, memang sesuatu sangat, hehe..
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Secret Girl
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen