Artis / Selebriti
” Ok korang, tengok toilet bapak saya yang terlalu.. ” – Yusoff Al Qardawi

Video gelagat anak Dato’ Aliff Syukri, Yusoff Al Qardawi membuat review toilet mewah di rumah buat ramai terhibur. Amboi Yusoff, terkejut dengan harga toilet yang Yusoff cakap tu. Part last, paling lawak, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik isteri usahawan kosmetik, Dato’ Aliff Syukri iaitu Datin Shahida, telah dikongsikan satu video terbaru yang memaparkan gelagat anak keempatnya, Yusoff Al Qardawi sedang membuat review salah satu tandas mewah di rumah mereka.
Menerusi video tersebut, Yusoff berkata mahu menunjukkan dekorasi tandas. Kata Yusoff, nilai harga tandas tersebut adalah bernilai 3oo ribu. Telatah Yusoff seperti gaya seorang influencer itu telah mengundang tawa warganet yang terhibur mendengar coletehnya.
Tulis Datin Shahida di ruangan kapsyen mengatakan tandas tersebut bukan nilainya 300 ribu dan apa yang dikatakan oleh Yusoff itu tidak benar. Akui Datin Shahida, tandas itu jarang digunakan mereka sekeluarga dan hanya digunakan jika ada tetamu yang datang sahaja.
Sehingga kini, video Yusoff itu telah ditonton lebih 200 ribu tontonan dan menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Amboi Yusoff, pandai betul bercakap, semua kelengkapan yang ada di dalam tandas Yusoff tunjuk. Part yang last paling kelakar.
Tonton video di bawah ini :
@shahidadherbs2 Takde maknanya tandas harga 300 Ribu ya yusoff. Jangan nak reka reka cerita. Yusoff memang suka bagi perencah nak sedapkan review dia. Dalam banyak banyak tandas dalam rumah mama ni tandas ni la yang paling jarang digunakan. Sebab sayang sangat nak pakai. Biasa tetamu je yang guna. Apa pun komen dekat bawah nak Yusoff review apa dalam rumah ni. Ke korang nak dia review Papa dia😂😂
♬ original sound – Nur Shahida Mohd Rashid – Nur Shahida Mohd Rashid
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Comel sgt dia. Riak yg dibenarkan.. Siap nk g berak, haha aunty love semua yg Yusof review.. Influencer sgt.. Yelah cb review abah pulak next.. Tengok pendapat dia.. “
” Bagus kan dia.. Semua brg dr rumah dia , dia tau harga brp dan dr mane.. Means dia mmg menghargai brg tu, good job Yusuf.. “
” Ucop, buat lah potcast nya papa , nak tengok ucop berani tak tanya papa soklan panas hahaha.. Btw ucop memang comel sangat.. “
” Kemain lagi dia…. Bijak sgt ni…. 300k yea… Ahaks…. Semuga membesar dgn sihat dan success dlm hidupmu Yusuf.. “
” Ini cara Alif Syukri nak didik anak pandai bercakap depan camera. Hebat betul Yusuf ni. Geramm je tgok.. HAHAHHAHA.. “
” Adik.. Kalau 300 ribu .. Hakak tak keluar umah Selama Bertahun dik.. Hakak berumahtangga dlm tu je dik. Konpem2 complete & selesa.. “
” Dia shj yg sanggup review harta2 bapak dia… Tanpa kena marah.. Haha.. Tandas bapak yg cantik dan mahal pun, dia nk tumpang berak.. “
Sikap berani dan yakin yang dimiliki oleh Yusoff itu patut diberikan pujian kerana walaupun baru sahaja berusia 7 tahun, Yusoff sudah pandai bercakap di hadapan kamera dan pandai membuat video review. Semoga Yusoff terus membesar dengan sihat serta menjadi anak yang bijak dan selalu membanggakan mama dan abahnya.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen