Artis / Selebriti
” Orang kata teruk penjara Thailand tapi dengar ni best betul.. ” – Komen Netizen

Video Eda Ezrin berkongsi pengalamannya ketika berada di dalam penjara Thailand raih perhatian warganet. Tak sangka macam tu keadaan dan kehidupan di sana..
Penyanyi dikir barat wanita terkenal, Eda Ezrin umum diketahui ditangkap di sebuah hotel bandar Golok dan hasil serbuan oleh pihak polis Thailand menjumpa dad4h di bilik Eda menginap. Walaupun Eda mengaku tidak bersalah, namun Eda perlu melalui proses perundangan Thailand dan terpaksa dipenjarakan di Narathiwat selama 9 bulan.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Tiktok Akidmeow, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan sedutan live Eda. Banyak soalan yang ditanyakan oleh viewers kepada Eda dan antaranya mengenai pengalaman Eda sepanjang berada di penjara Thailand.
Kata Eda, di sana kelengkapan yang diberikan banyak antaranya kipas dan televisyen. Ianya tidak lah seperti yang selalu orang ramai gambarkan, kehidupan di balik tirai besi yang serba kekurangan dan terseksa. Kata Eda, apa yang penting duit sentiasa ada dalam akaun.
Selain makanan, banduan di sana juga dibenarkan untuk membeli barangan makeup dan minyak wangi. Eda juga turut ditanyakan suasana di penjara ketika bulan Ramadhan. Memetik komen warganet, penjara di Thailand seperti penjara VVIP kerana jauh berbeza dengan penjara di Malaysia.
Jom tonton video di bawah :
@akidmeow Replying to @Rahim eda ezrin menceritakan pengalaman di dlm penjara thailand dimana 50 org di dalam 1 bilik penjara #edaezrin #penjara #penjarathailand #fyp
@akidmeow Eda Ezrin menceritakan pengalaman di penjara Naratthiwat,Thailand selama 9 bulan. #edaezrin #penjarathailand #fyp
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Firstime tengok orang review penjara.. dalam penjara ada TV ? ade kipas ? lebih baik duduk dalam penjara kalau gitu.. penjara gapo gitu macam bukan penjara je.. “
” Macam penjara VVIP sana kan.. kalau di pengkalan Chepa 3 gayung… tak de kipas tak de tikar tak de bantal… penjara Malaysia lagi keras.. “
” Positive vibe selepas dia buat silap besar. Semoga dia berubah ke arah yg lebih baik… Jd kan pengalaman dlm tu,perkara yg xmungkin Kita tempuh lagi. Insyaallah, Allah permudah urusan Kita.. “
” Orang kata teruk penjara Thai .. dgar ni best betul .. VVIP ke.. suatu pengalaman yg berharga.. apa² pun ingat tuhan, anak, ibubapa…. kasih sayang tiada penganti.. “
” Setiap kita Allah bgi ujian berbeza.syukur pd Allah..Masih diberi nafas. semoga Allah permudahkan segala urusan. ida. Aaminn.. ”
” Sporting Eda layan je pertanyaan netizen.. syukurlah…tu lah kena pandai memilih kawan.. hati2 zaman skrg org ni luaran cantik.. tapi dalaman ada hati hitam.. syukur banyak2.. “
” Kesian ke Ida, malu muka nak jawab.. yang komen pun tanya macam-macam.. tak jawab kang kata apa pulak. tapi betul cakap, penjara sana tak sama macam Malaysia. Asal ada duit je.. “
Satu pengalaman hidup yang berharga untuk Eda dan pastinya Eda juga tidak mahu ianya berulang kembali pada masa akan datang. Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya dan semoga kehidupan Eda bersama suami lebih baik daripada sebelum ini. Segala yang terjadi jadikan pengajaran dan panduan hidup.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Akidmeow
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen