Artis / Selebriti
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din

Perkongsian daripada Ustaz Din yang merawat Amad Dayyan di belakang pentas Talk To My Manager ketika Amad rebah raih perhatian warganet. Satu lagi bukti Amad bukan berdrama. Kesiannya Amad lepas dengar cerita Ustaz Din ni..
Tidak semua orang percaya dengan perkara mistik kerana ianya tidak dapat dilihat dengan pandangan mata kasar. Namun bagi yang pernah mengalami gangguan mistik, pastinya percaya unsur sebegini masih wujud, sekali pun sudah berada di era moden dan canggih.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Perubatan Islam Al-Mujahidin, telah dikongsikan video yang sama seperti ibu kepada Amad Dayyan, Siti Sairah muatnaik sebelum ini. Ianya mengenai kejadian yang menimpa Amad dan Ustaz Din adalah ustaz yang memegang Amad ketika di belakang pentas.
Ustaz Din turut berkongsikan peristiwa sebenar yang terjadi di situ dan ianya satu bukti yang nyata Amad benar-benar diganggu oleh ‘sesuatu’. Ustaz Din memberitahu bukan sekali tetapi dua kali Amad rebah. Semangat Amad sangat kuat, namun kudratnya sebagai seorang yang masih lagi budak tidak mampu melawan anasir jahat.
Ustaz Din juga menyeru kepada sesiapa yang berada di sekitar Shah Alam yang ada ilmu dan boleh ‘membersihkan’ dewan di MBSA dapat menghulurkan bantuan supaya masalah ini tidak lagi berulang. Kawasan ‘panas’ yang diakui oleh ramai artis yang mengatakan ada ‘sesuatu’ di bangunan itu.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan :
” Benda yg dihantar tuju org yg dituju. Kalau ya pun nak menang jgnlah sampai mcm tu. Budak kecik apa lah yg dia tahu. Tak sanggup melihatnya. Nampaknya tujunya potensi nombor 1.. “
” Pernah jadi macam amad kejadian yg sama tempat yg sama tahun 2008 masa pertandingan reality mystarzLG2 tv3. Tmpt ni mmg keras ramai org buang benda “tak elok” dekat sini . Semoga cepat sembuh adik Amad.. “
” Masa gv 4 pun mcm tu …. Masih jelas teringat di ingatan . Arwah Sarah histeris .. abg zarul pun pengsan . Jimmy , kak lina also ( 4 minggu berturut2 sakit ) make up artis pun sakit ,terbaring.. “
” Salam ustaz, akak rasa tmpt ni keras.. masa kita semua kat belakang (bilik artis) malam tu, akak dah tegur abg wan (hasben akak) akak ckp abg tmpt ni something la.. “
” Kesian amad.. Disaat akhir dia terus jadi mcm ni.Kesian sgt. Kenapalah jahat sgt buat budak mcm tu. Berminggu dia struggle buat persembahan terbaik kat TTM. Tiba masa grand final jadi mcm ni.. “
” Dia kecik lagi tapi semangat dia tuu kalah org² dewasa. Bukan nk menang tapi tanak kecewakan ramai yg menyokong. Org boleh Cuba patahkan bdan dia tapi bkn semangat dia. Kekal bersemangat Amad. Semoga cepat sembuh dah lebih berjaya di masa hadapan ok.. “
” Spa kata dy berlakon TU p mintak maaf balik kt amad Dan saerah.. agak2 la dah final kot xkan dy nk berlakon pulak.. xpernah merasa Bley la ckp pndai.. kna batang hidung sendiri baru Tau sakit TU mcm mna geram lak dok gelak atas ujian org nih.. “
Betul kata Sairah, hanya yang berada di belakang pentas sahaja mengetahui apa yang terjadi. Ustaz Din sendiri pun sudah bersuara dan ianya kebenaran yang mungkin boleh membuka mata untuk sesiapa yang masih mengecam Amad. Apa-apa pun, semoga Amad segera sembuh dari segi semangat dan juga fizikal.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Perubatan Islam Al-Mujahidin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Blend betul lagu ni dengan suara Hadie. Versi akustik macam ni lagi syahdu.. ” – Komen Netizen