Artis / Selebriti
” Padu sangat ni, suara Joey seksi betul.. ” – Komen Netizen

Video Elly Mazlein dan Joey Daud berdeut menyanyikan lagu Tamparan Wanita buat ramai terhibur. Wah, sedaplah versi Elly dan Joey ni. Berdekah tengok perangai masing-masing, hehe..
Elly Mazlein dan Joey Daud sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila tampil berduet menyanyikan lagu Tamparan Wanita dalam segmen popular radio ERA. Lagu Tamparan Wanita ini merupakan lagu popular daripada kumpulan Elite.
Segmen ini sememangnya sering menampilkan selebriti yang akan berduet dengan Elly dan menyanyikan lagu-lagu popular masa kini atau pun lagu-lagu lama. Elly tampil penuh gaya dengan vokal mantap, membuktikan bakat nyanyiannya masih relevan dan tajam.
Manakala Joey pula bijak mencuri tumpuan dengan mengundang gelak tawa, menjadikan duet ini bukan sekadar persembahan muzik, malah turut menghiburkan yang menonton video ini. Walaupun lagu ini merupakan lagu wanita tetapi nyanyian Joey nampak sangat sesuai.
Ramai yang memuji gandingan Elly dan Joey sebagai pasangan penghibur yang serasi. Malah, ada yang mencadangkan agar mereka terus bergandingan dalam segmen hiburan lain kerana mampu menceriakan suasana tanpa perlu terlalu serius atau berdrama.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji gandingan mantap kedua selebriti ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Woww xthu joey blh nyanyiiii sedap suara kak lina.. elite mohon jemput joey Dan kak kepom join waktu concert.. the best.. “
” Artis Versatile Joey boleh ganti Watie kalau Watie bz x leh nk on show bersama Elite hehe Lagu killer n steps dh hafal dh tu.. “
” Kenapa yg ni lagi sedap ni.. Nyirapnyaaa siap ada dengkuran joey_daud hahaahahahahahha . Joey practise berjemaah dgn Watie n elite sekali ker??? “
” Allah best Nye… pengarah2 tolong buat cite hero n heroin Diorg ni klo msuk bell yaAllah mesti best kn 1 drma ada 3 org perangai masing2 masuk air.. “
” Perghh featuring MANTAP! lagi best.. Dua² kelakorr dua² best nyanyi syedapp oh nombor syatuu .. Dia boleh dengkurrr ekk last Tu hahahahahaha.. “
” Aduhhh kena tampar diri sendiri.. Padu sangat ni. Bergabung meletopppp sedap suara.. Tak…skang spill cardigan joey tu beli mana.. “
” Hujung2 kak lina rap ala2 syanie woo. Style2.. fuhhh suara Joey seksi betul.. Gandingan yg power nombor satu .. Mcm bruno mars lah joey dress up mcm tu, cer try 1 lagu Bruno.. “
Duet antara Elly Mazlein dan Joey Daud untuk lagu Tamparan Wanita ini berjaya memberi nafas baru kepada sebuah lagu yang pernah popular sekitar tahun 90 an dahulu. Tidak mustahil jika ramai berharap agar mereka berduet lagi untuk lagu-lagu lain.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Eraje
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen