Artis / Selebriti
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil

Video anak saudara DS Siti Nurhaliza, Amad menyanyikan lagu Gerimis Mengundang nyanyian asal Zamani ketika Podcast bersama Paknil raih pujian ramai. Wah ingat lagu Tokti je sedap Amad nyanyi, lagu lain pun power. Gemersik sungguh suara Amad..
Anak saudara kepada penyanyi nombor satu negara Dato’ Seri Siti Nurhaliza iaitu Amad, sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila menyanyikan lagu Gerimis Mengundang yang dipopularkan oleh Zamani dari kumpulan Slam.
Amad menyanyikan lagu ini ketika sesi podcast bersama Aznil Haji Nawawi dan ia merupakan permintaan Aznil. Amad menyanyi dengan penuh penghayatan dengan gayanya tersendiri dan membuatkan ramai terpukau. Cukup merdu nyanyian Amad.
Selalunya kita mendengar Amad menyanyikan lagu Dato’ Seri Siti Nurhaliza, namun kali ini Amad membuktikan dirinya boleh menyanyikan lagu lain juga. Pastinya ramai mengharapkan Amad menyanyikan lagu lain dalam pelbagai genre selepas ini.
Perkongsian video ini telah menerima lebih dua ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ketika sesi podcast tersebut, Amad ditemani oleh ibunya, Siti Sairah yang selalu setia bersama Amad walau ke mana sahaja.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji bakat nyanyian yang ada pada Amad. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Pakej Adik Amad ni,GoodLooking and Suara power Moga dipermudahkan segala usaha Amad.. mendayu dn sedap sgt sora amad.. “
” Nyanyi lagu2 asli pun confirm meletop ni.. ada lenggok.. The improvisations sama hebat dgn kakak dia umai . Gemersik suara Amad… Nyaman je dgr.. “
” Paknil as usual has soft spot for anak-anak. Betapa paknil supportive apa jua impian anak-anak kecil. Kind-hearted man who always nuture kids.. “
” Amad dgn umai dua² mmg ada talent. Suara strong. Yela tgk makcik dia laa. Lgpun almost semua famili members dia boleh nyanyi kan.. “
” Power Amad! Budak ni kan dia memang dilahirkan macam mak sedara dia, bagilah apa je lagu, dia buat style tersendiri. Tak melebih2 & merdu sangat! . “
” Terbaik Amad! Bakat Anugerah Allah. Terima kasih Paknil beri ruang peluang Amad berkongsi bakat besar . Nyanyian x lebih & x kurang , nurun sutir mok sedaro dio.. “
” Boleh pergi jauh, bakat sgt besar . Semoga dia terus konsistent berlatih, dan bila nama nya semakin dijulang, dia akan kekal merendah diri seperti ibu saudaranya Datuk CT, aamiin.. “
Dengan bakat yang makin menyerlah dan sokongan keluarga seni yang kukuh, Amad dilihat sebagai antara bintang muda yang bakal menyerikan industri muzik Malaysia. Semoga Amad menjadi seorang anak yang berjaya bukan sahaja dalam bidang seni malah dalam pelajaran. Amin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Aznil Hj Nawawi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen