Artis / Selebriti
” Pandai lenggok dah Thalita, versi berbeza dengan penyanyi asal.. ” – Komen Netizen

Video Thalita menyanyi lagu Mimi Fly, Serumpun raih pujian ramai. Wah versi Thalita lain daripada yang lain. Best sangat, makin sedap suara Thalita..
Semakin hari, bakat nyanyian yang ada pada diri anak perempuan Shuib Sepahtu, Thalita semakin ada peningkatan. Thalita mewarisi bakat nyanyian arwah ibunya, Siti Sarah Raissuddin. Jika di awal kemunculan dahulu, Thalita agak kaku nyanyiannya, namun sekarang Thalita ada banyak kemajuan dalam nyanyian.
Selain menyanyi secara live di Tiktok, Thalita juga banyak muncul di rancangan TV dan ianya sedikit sebanyak menambahkan lagi keyakinan anak dara Shuib ini. Tidak hanya tertumpu kepada lagu Siti Sarah, Thalita juga banyak membuat cover lagu penyanyi-penyanyi lain.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Loveta HQ, telah dikongsikan satu sedutan video yang memaparkan Thalita menyanyikan lagu raya. Lagu dendangan asal Mimy Fly berjudul Serumpun dinyanyikan dengan versi dan lenggok Thalita yang tersendiri.
Suara Thalita kedengaran tenggelam timbul kerana ada masalah pada speaker dan microphone, namun kelunakan suaranya tetap boleh didengari oleh semua. Warganet memuji suara Thalita yang semakin sedap berbanding sebelum ini. Makin lama semakin kedengaran sama dengan suara ibunya.
Jom tonton video di bawah :
@lovetahq Serumpun by Thalita ✨
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 22 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sedap suara Talita … kena praktis lagi vokal dekta bgi umphhhh.. speaker tkde effect echo langsung, pdhal sedap je suara dia.. “
” Speaker tak sedap pn suara thalita sedap. terbaik. semoga terus maju jaya. pandai lenggok dah Thalita, versi berbeza dengan penyanyi asal.. “
” Suara sebijik sama macam arwah Siti Sarah. Makin lama makin cantik.. makin lama makin sedap suara iyeee.. kite loveeeee.. “
” Sedapnya suara Thalita ni.. macam nak nangis bila menyanyikan.. makin lama makin cantik dia ni.. suara pun banyak improve.. “
” Sedapnya Dekta.. suara maintain sedap walaupun mic yang problem.. muka dah macam mia lah.. cantik seiras.. “
” Suara dia sedap tapi mic tak da eco.. kena adjust sikit sound sistem.. sapa yg business sounds sistem tau la.. cuma sya x handle , adik yg handle.. “
” Great Thalita. sedap suara like ibu. ni kalau speaker ok mesti nice.. makin sedap suara Thalita.. serumpun versi thalita lain macam.. “
” Sedapnya suara Thalita, dah macam alunan dangdut.. makin pandai lenggok, dah banyak kemajuan berbanding tahun lepas.. “
Bagus Thalita sentiasa memperbaiki mutu nyanyian dan vokalnya. Tidak mustahil Thalita boleh berjaya seperti ibu jika terus bersemangat untuk berlatih dan mengasah bakat yang ada. Apa-apa pun, semoga Thalita sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang dan berjaya dalam pelajaran.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Loveta HQ
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen