Artis / Selebriti
” Pandainya Evie, semua kawan dia ingat nama.. ” – Komen Netizen

Video anak Intan Ladyana, Evie Khadeeja memberitahu nama kawan-kawannya di sekolah raih perhatian ramai. Alahai, sopan sangat dengat Evie cakap. Part last tu ketawa Intan dengar jawapan Evie. Comel sangat, hehe..
Bagi yang mengikuti pelakon Intan Ladyana, pasti mengetahui yang Intan sering berkongsi perkembangan anak sulungnya, Evie Khadeeja yang sudah pun bersekolah tadika. Evie yang kini berusia 3 tahun membesar sebagai seorang anak yang comel dan bijak.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Intan, telah dikongsikan video yang memaparkan Intan sedang berborak bersama Evie di dalam sebuah kereta. Menerusi video itu, Intan ada bertanya nama rakan-rakan Evie di sekolah dan kemudian Evie memberitahu beberapa nama orang rakannya.
Telatah Evie ketika bercakap itu telah menarik perhatian warganet. Ramai yang memuji Evie seorang anak yang bijak kerana mengingati semua nama rakan-rakanya di sekolah. Bukan itu sahaja, ada yang terpersona dengan kelembutan Evie yang dikatakan sama seperti ibunya.
Sehingga kini, video tersebut telah menerima ribuan tanda suka dan puluhan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Alahai, sopan betul anak dara Intan ini bercakap. Part last paling comel apabila Evie menjawab salah satu nama rakannya itu hanyalah nama di dalam lagu sahaja.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Pandainya Evie, semua kawan dia ingat nama.. Dari Evie lahir lg aunty suka tgk Evie, semakin besar makin bijak Evie.. “
” Masyaallah tabarakallah nape comel sangat awk ni, suka tengok cara die cakap.. Semoga evie membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah dunia akhirat.. Aamiin Ya Mujib.. “
” Lembut nya Evie jawab, gaya bercakap sebiji macam mummy dia lah.. Semoga Evie menjadi anak yg solehah yea sayang.. “
” MaasyaaAllah.. Besar dah Evie.. Bijak sangat mcm mama dia.. Suara dia comel sangat lah dengar.. Anak manja daddy n mummy ni.. “
” Orin ? Takde tu lagu je, hahahaha comel sangat jawapan dia bagi tu.. Evie, kenapa awak bijak sangat ni, hehe.. MasyaAllah.. “
” Soft nye suara Evie, sebiji Intan lah gaya dia bercakap.. Pandai kan, semua dia ingat.. Kalau anak aku, malas dia layan kalau aku tanya, haha.. “
” Lembut je sebutan dia.. Alololoo.. So cute.. Suka lah dengar Evie cakap.. Soft spoken macam mak dia betul.. Cantik pula tu.. “
Sekejap betul masa berlalu, pejam celik, pejam celik sudah semakin membesar anak Intan ini. Untuk sekadar info, Intan telah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi, Harris Alif. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Evie Khadeeja dan Harris Umayr.
Silakan SHARE..
Sumber : IG intanladyana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen