Artis / Selebriti
” Part Sherry kantoi tu aku pun terbahak. Ambil ko Tok Ram bagi setepek, haha.. ” – Komen Netizen

Video gelagat mencuit hati ketika Sherry Alhadad dan Nabil Ahmad cuba mengenakan Tok Ram tetapi terkantoi. Alahai buat kerja tak clean lah Sherry. Sekali Tok Ram kenakan balik, cuak masing-masing. Haha..
Tempat Jihan Muse sebagai host Gegar Vaganza digantikan dengan Sherry Alhadad. Minggu ini merupakan minggu kedua Sherry bergandingan bersama Nabil Ahmad. Mereka sememangnya sudah biasa mengacara bersama dan ada chemistry yang kuat. Malah kedua-duanya juga sama-sama suka berjenaka.
Meninjau entry di akaun Instagram Media Hiburan Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Sherry dan Nabil cuba mengenakan Tok Ram. Sherry yang duduk di tempat Tok Ram dalam diam menconteng kertas lirik lagu peserta di tempat Tok Ram dengan permainan S.O.S.
Sherry menyakat Tok Ram dan mengatakan tak sangka Tok Ram bermain permainan itu ketika menjuri sambil menunjukkan kertas lirik tersebut. Nabil pula menambah ayat Sherry dan membuatkan Tok Ram panas. Tok Ram pantas datang ke kerusinya dan mengatakan itu semua adalah fitnah.
Berdekah semua penonton yang hadir ke konsert Gegar Vaganza mendengar celoteh Tok Ram. Sayangnya Tok Ram orangnya bijak dan dia mengenakan Sherry dan Nabil kembali. Kantoi Sherry yang menconteng kertas Tok Ram kerana kertas itu tertera lirik lagu Dadali yang masih belum membuat persembahan lagi.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kadang-kadang tgk gegar vaganza tak nk tgk nyanyi sgt tp nak tggu part lawak mcm ni laa.. lawak tu spontan mmg terhibur.. “
” Hati kena mau super kering eh sherry duk kt GV , sebab tokram je HAHA.. nk kena kan org, sekali sendiri yg kena.. “
” Ko buat keja tak clean laaa sherry.. memang dia yang tulis tadi haha.. ambik ko Tok Ram bagi setepek haha.. “
” Aku saksi dari rumah… aku nampak mmg Sherry yg buat. Si nabil tgh ckp2 dgn Erra and Haziq, dia buat keje senyap2 je kt situ td.. “
” Eleh macam laaa kita tak nampak dia yang duk lukis dekat situ tadi… dituduhnya tok ram.. haha.. sekali kena dengan tokram.. adui lawak.. “
” Aku perasan dah sherry dok conteng-conteng masa dok tempat tokram tu haha.. part sherry kantoi tu aku pun terbahak.. “
” Kombinasi terbaik antara Nabil dan Sherry.. sakit perut gelak.. comel tokram cm budak2 je dye ngadu cmtu.. sherry n nabil mmg nakal.. “
” Haha Sherry kantoi kenakan Tok Ram.. tok ram pun sporting.. tiap mngu meti ada yg lawak kt gv.. x bosan tgok ble pngacara gn juri sporting.. ble ad komen klakar dari juri pngacara mnghidupkan lg lawak tu.. “
Kecoh sungguh apabila Sherry bergabung bersama Nabil. Misi untuk mengenakan Tok Ram gagal, sekali terkna balik dengan Tok Ram. Gamat seluruh dewan dengan ketawa melihat telatah Nabil, Sherry dan Tok Ram ini. Happening sungguh apabila ada host dan juri yang sporting seperti ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan, Tiktok Sinar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen