Artis / Selebriti
” Part upah tu yang rare. Dengar je upah terus buat muka comel dia, haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Amir Sisi Sebelum Membuat Persembahan Di TV Alhijrah. Khusyuk Betul Amir Dengar Peserta Azan. Part Cikgu Buat Deal Nak Bagi Upah Supaya Amir Menyanyi Elok-Elok Tu Kelakar. Amir Amir, Itu Je Dia Nak. Bagus Betul !!
Tidak menoleh ke belakang lagi, Amir Sisi juara The Chosen One musim 1 terus mengorak langkah seninya. Bakat Amir terus mendapat perhatian daripada banyak produksi lain antaranya TV Al-Hijrah. Semalam Amir dijemput sebagai artis jemputan di rancangan Muazin.
Seperti biasa, ke mana-mana sahaja program jemputan, Amir akan ditemani oleh abang dan cikgunya. Meninjau akaun Tiktok Amir Sisi Unuk Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Amir ketika menunggu gilirannya untuk membuat persembahan.
Dapat dilihat, Amir begitu khusyuk mendengar para peserta mengalunkan azan. Mulutnya sama terkumat-kamit mengikut alunan azan tersebut. Amir memang tidak reti duduk diam, sentiasa berjalan ke sana ke mari. Kata cikgu pengiring Amir, cikgu yang berdebar setiap kali Amir hendak menyanyi walhal si Amir boleh relax dan steady sahaja.
Bagi memastikan Amir bersemangat dan berkobar-kobar untuk memberikan persembahan yang terbaik, sempat lagi Cikgu mengumpan Amir dengan upah. Mudah sahaja upah Amir ini, hanya keropok lekor dan Wifi sahaja. Budak-budak dengan upah, memang tak dapat dipisahkan, hehe.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@amir.sisiunukoffi Alhamdulillah,masih banyak yg perlu dipelajari,namun itulah proses belajar,tanpa kesilapan mana mgkin dapat belajar benda baharu,terima kasih semua..#evolusibintangbaharu #diaridaripedalaman #termojproduction #berandatiktok #fypシ @Termoj Production
♬ original sound – Amir Sisi(Unuk)Official – Amir Sisi(Unuk)Official
Video persembahan penuh Amir yang membuatkan ramai tersentuh. Suara Amir semakin banyak peningkatannya dan versi lagu Sesungguhnya kali ini sedikit berbeza daripada sebelum ini. Gemersik sungguh suara Amir dan versi yang sedap didengar.
@amir.sisiunukoffi Manisnya hasil apabila kamu lelah dalam mengejarnya,usaha walau penat,tanpa lupa pada Allah yg berikan rezeki ini..#fypシ #berandatiktok #termojproduction #diaridaripedalaman #evolusibintangbaharu @Termoj Production
♬ original sound – Amir Sisi(Unuk)Official – Amir Sisi(Unuk)Official
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik. Antara komen -komen yang diberikan oleh mereka :
” Kusyuk dia dengar orang azan eehhh… untuk dapat ilmu kt tv Alhijrah.. keropok lekor tak tgl ye hehe.. makanan kegemaran tu.. Wi-Fi LG haa upah dia terbaek unuk.. ”
” Tak kan kopok lekor je kot haha.. Unuk dan ngunyah berpisah tiada haha.. next season amir join taw.. ”
” Hahaha cikgu upah keropok lekor dan wi-fi hahah.. Upah mesti ade’ alhamdulillah jnji awk hppy amir.. ”
” Amir suka btul makan kopok lekor ye.. kalau unuk masuk pertandingan azan pun sedap. malam td tetap sedap torbaeeekkkkkk.. ”
” Tahniah Amir.. relaxnya dia.. amboi dengar je upah apa cikgu nak bagi terus buat muka comel dia tu.. haha macho lah sangat.. ”
” Kanak-kanak tetap kanak-kanak.. ada upah dan janji… walaupun dah jadi artis hehe.. janji kena tunai cikgu.. ”
” Part upah tu yang rare haha.. lawak cikgu tapi sungguh la Amir ni budak baik. tu je upah yang dia nak.. kalau budak lain ni, mau macam-macam mintak.. ”
” Alololo comel je Amir bila cikgu sebut nak bg wifi.. upah wifi dengan kopok lekor pun jadi unuk ni.. lucu amir ni.. muka tu buat kita tengok rasa geram je.. ”
Senang sangat upah si Amir ini, yang penting makan keropok lekor tu wajib ye Amir. Terus tersengih Amir apabila mendengar cikgu nak bagi upah Wifi. Amir tetap Amir walaupun dah glamour satu Malaysia. Semoga Amir terus maju jaya dan mencipta nama.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Amir Sisi Unuk Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen