Artis / Selebriti
” Pecah wooo, gempak openingnya. Betul betul tanpa muzik ye ko masuk Sherry, haha.. ” – Komen Netizen

Video persembahan opening Konsert Minggu ke 5 Gegar Vaganza oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse buat warganet terhibur. Eh tiba-tiba Sherry Alhadad muncul, lagi bertambah rosak lagu Fattah Amin dan Fazura dibuatnya. Siap ada sketsa drama Andai Tiada Dia, haha..
Gegar Vaganza musim 11 telah pun memasuki minggu ke 5 semalam. Untuk konsert minggu ini, semua peserta mempersembahan nyanyian duet bersama pasangan masing-masing. Host GV, Jihan dan Nabil juga tidak terkecuali untuk mempersembahkan nyanyian duet mereka.
Meninjau entry di akaun Instagram Media Hiburan Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan pembukaan oleh Nabil dan Jihan. Mereka mendapat tugasan untuk menyanyikan lagu dendangan asal Fattah Amin dan Fazura berjudul Bertahan Demi Cinta.
Suara Nabil boleh tahan dan sedap didengar. Seminggu juga Nabil berlatih menyanyikan lagu ini sehinggakan terbawa-bawa ke konti Era. Jihan juga memberikan nyanyian yang baik sekalipun sedang sarat hamil. Permulaan Nabil menyanyi sudah riuh dengan sorakan daripada penonton.
Di pertengan lagu, ada diselitkan dengan sketsa Drama Andai Tiada Dia. Kejutan untuk semua apabila Sherry Alhadad tampil sebagai artis misteri yang berduet bersama Nabil dan Jihan. Sherry sudah selalu bergandingan bersama Nabil dan Jihan dan mereka juga kelihatan serasi bersama.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Haha pecah wooo. betul betul tanpa muzik ye ko masuk Sherry haha.. great opening, berdekah tengok.. “
” Kenapa perlu mengharapkn pada Falah Kalo ada Fatah…. hahaha lawakla, terbaik Sherry welcome to GV.. “
” Nabil memang tak boleh move on eh Andai Tiada Dia haha.. betul kata Falah.. lawak betul dua-dua geng Falah.. “
” Best openingnya gempak.. First time host punya opening suara sebiji penyanyi asal hehe.. lawak tapi syok tengok.. “
” Dorang macam tengah menyanyi dekat karaoke haha, boleh pulak si jihan cakap “sabar sabar” haha.. lawak lah, nabil pun tahan gelak masa sherry masuk.. “
” Tengah syok layan, tiba2 sebut falah.. nak nangis,tak move on lagi drama tu. terseksa nak tunggu habis nyanyi haha.. sebiji mcm penyanyi asal, tok ram tak bleh nk ckp apa dah.. “
” Kelakar lah terhibur aku tengok nabil, jihan, sherry ni.. Masuk air dorang bertiga ni.. siap ada sabar sabar sabar tu memang win.. “
Apabila 3 host hebat ini bergabung, memang riuh dan meriah pentas jadinya. Pada penghujung konsert semalam, telah diumumkan secara rasminya Sherry akan mengantikan tempat Jihan bermula minggu ke 6 sehingga ke final nanti kerana Jihan sedang menghitung hari untuk melahirkan cahayamatanya yang ketiga.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan Official, IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen