Artis / Selebriti
” Penangan Bell ni, dengan Fattah pun ikut jadi lawak sekali. Comel Fattah joget sambil nyanyi cili padi tu, haha.. ” – Komen Netizen

Video Fattah Amin tiba-tiba secara spontan menyanyi lagu drama Cili Padi ketika live bersama Bell Ngasri buat ramai terhibur. Amboi Fattah, siap joget rap lagi. Bak kata Bell, cili padi dah jadi cili boh. Berdekah Fattah gelak, haha..
Sebagaimana yang diwar-warkan sebelum ini, Fattah Amin akan melancarkan produk pertamanya untuk dijual di platform Tiktok. Tarikh 5 November dipilih untuk Fattah membuat sesi live menjual produk tersebut. Sesi live Fattah ini juga turut menggandingkan Fattah bersama seorang pelakon senior yang serba boleh, Bell Ngasri.
Meninjau entry di akaun Tiktok Anistaqwa, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fattah dan Bell sedang rancak menjual dan berinteraksi bersama viewers. Banyak komen-komen yang dapat dilihat pada paparan video ini. Gifts yang diberi oleh viewers juga tidak kurang rancaknya.
Fattah dan Bell menyanyi bersama-sama sedikit bait-bait lirik lagu hits Fattah, Wanita Terakhir. Fattah yang asyik tergelak sahaja sepanjang live bersama Bell ini diminta oleh Bell untuk menyanyi lagi tetapi Fattah tidak mahu meneruskannya. Bell menyambung nyanyian tetapi menggabungkan liriknya dengan sebuah lagu lain.
Semakin tergelak Fattah melihat gelagat Bell itu. Spontan selepas itu, Fattah menyanyi lagu soundtrack drama yang mempopularkan Bell ketika kecil dahulu iaitu Cili Padi sambil buat gaya joget rap bersama. Ayat Bell memberitahu cili padi sudah menjadi cili boh membuatkan ketawa Fattah menjadi-jadi.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@anistaqwa Adui lawak la Bell ni..nyanyi ikut dan dia jer 🤣🤣🤣 #fattahamin #bellngasri
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Bell buat Fattah gelak tak henti haha.. adoi lawak laa… Beli kopi smlm sbb nk support fatah, n sbb nak botol tu jugak.. “
” Bell menceriakan suasana.. asyik gelak ja tengok live semalam.. tengok semalam tak kering gusi Fattah gelak.. “
” Meriah bila Bell ada.. semoga dimurahkan rezeki Fattah dan Bell ni.. adui lah Bell, tetiba masuk lagi Cinta Sampai Mati hahaha.. “
” Fattah lebih selesa dengan lelaki dan dia lebih ceria.. Hancur live dengan Bell ni, cili padi dah jadi cili boh. haha berdekah Fattah gelak.. “
” Penangan Bell ni dengan Fattah pun ikut jadi lawak sekali.. spontan lak Fattah nyanyi cili padi tu.. cute sangat.. “
” Bell kalau tak lawak tak sah. tak masalah sekarang ni, aku tengok Fattah pun makin pandai melawak.. menyakat cili padi yang dah jadi cili boh tu, haha.. “
” Hahah lawak lah bell, cili padi dah jadi cili boh.. mengekek aku ketawa. Fattah pulak comel joget sambil nyanyi cili padi tu.. memori zaman kecil eh bamtah haha.. “
Tak kering gusi semua apabila ada Bell, pandai Fattah memilih dan pilihan Fattah untuk bergandingan bersama Bell itu langkah yang bijak. Selain terhibur dengan Bella, warganet juga turut terhibur melihat gelagat random Fattah sepanjang sesi live itu. Semoga Fattah terus maju jaya dan melimpah ruah rezekinya.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Anistaqwa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti11 hours ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen