Artis / Selebriti
” Penat ek jadi Fattah Amin ni. Update salah, tak update pun salah.. ” – Komen Netizen

Video luahan hati Fattah Amin apabila dikatakan tidak pedulikan anaknya, Nur Fatima Aisya raih perhatian warganet. Jarang Fattah nak berbunyi tetapi kali ini sampai terkilan hati Fattah. Kesiannya Fattah..
Tular tangkap layar daripada Instastory Fattah Amin yang menunjukkan anaknya, Nur Fatima Aisya tidak sihat dan sedang makan ubat. Apa yang menarik perhatian ramai adalah ayat Fattah yang mengatakan dia sudah beberapa kali datang untuk berjumpa Fatima tetapi tidak dapat bertemu Fatima.
Ini menimbulkan pelbagai persepsi warganet baik yang positif, mahu pun berunsur kecaman. Menerusi perkongsian di akaun Instagram f8buzz dan thefa_team, telah dikongsikan satu video yang memaparkan live Fattah. Ketika bersiaran, Fattah meluahkan rasa terkilan yang dirasainya ketika itu.
Ramai yang mengecam mengatakan Fattah terlalu sibuk dengan kerjanya sehinggakan mengabaikan Fatima. Ujar Fattah, ini sesuatu yang tidak betul dan dia banyak kali bertemu Fatima cuma tidak dikongsikan di media sosial. Tambah Fattah lagi, dia juga ada kehidupannya sendiri dan tidak perlu berkongsi segalanya di media sosial.
Bercakap mengenai Fatima, Fattah memberitahu dia memahami keadaan Fatima yang sedang sakit. Emosi anak kecil ada masanya dia ingin berjumpa dan ada masanya Fatima enggan untuk bertemu. Fattah sudah mencuba sebaik-baiknya untuk menjalankan tanggungjawabnya terhadap Fatima.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Semoga yang baik2 sahaja buat abg fattah amin, btw semoga dikurniakan kesembuhan dan cepat sihat sepenuhnya buat fatima aamiin.. “
” Its ok fattah.. kami faham… Allah tahu… abaikan mulut2 jahat manusia yg suka judge.. apa je kamu buat skrang utk family dan fatima.. “
” Bagus Fattah, Everyones knows who is FA. We always support u and your family. Ujian buat Fattah Amin.. “
” Air muka Fattah sendiri jelaskan segalanya. betul nampak kesedihan di wajahnya… semoga fatah terus tabah … ada hikmah tersembunyi disebalik segala ujian NYA.. “
” FA selalu cakap ” jangan salahkan siapa-siapa”.. respect. Penat ek jadi Fattah Amin ni. Update salah tak update salah.. dia pun ada hati dan perasaan korang. please lah.. “
” Tuan punya dah jelaskan sedetail2nya, berhenti saling menyalahkan kedua2nya… kita ni puasa bkn setakat mulut & mata je, jari pun ambikkira juga…so kita kena berlapang dada & jawapan kita pun dh dpt bagi menjelaskan situasi sebenar, chill out semua.. “
” Selama knal Fattah dia tk pernah nak Saman menyaman ne… malah melenting pun tk pernah… dia hadap ja mulut Ii puaka ne dri dlu lgi… dia hanya berserah pada Allah untuk mnghadapi mereka.. “
Kesian Fattah, serba serbi semuanya tidak kena pada mata warganet yang tidak menyenanginya. Fattah ada pendiriannya tersendiri dan luahannya ini hanya sekadar untuk menjelaskan situasi sebenar. Semoga semua dapat menjaga tutur kata dan penulisan masing-masing agar tidak ada hati yang terluka.
Silakan SHARE..
Sumber : IG F8buzz, IG Thefa_team
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen