Artis / Selebriti
” Perghhh part ‘sayang’ tu, padu habis lah Kepom. Love g1la dengar.. ” – Netizen

Video Elly Mazlein Berduet Bersama Tajul Dan Afieq Shazwan Menyanyikan Lagu Memori Berkasih Raih Pujian Ramai. Wah Sedapnya Gandingan Tiga Orang Ni, Memang Padu Terok Lah !!
Nama pengacara, penyanyi dan pelakon terkenal Elly Mazlein tidak perlu diperkenalkan lagi. Selain itu, Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina juga turut menjadi seorang penyampai radio dan mengendalikan segmen Carta 40 Era pada setiap hari Sabtu.
Menerusi segmen itu, setiap minggu akan dijemput beberapa penyanyi untuk berborak bersama Kak Lina dan berkongsi perkembangan mereka dalam industri seni suara. Terbaru, meninjau ke akaun Instagram radio Era, telah dikongsikan video Tajul dan Afieq Shazwan datang ke konti Era.
Banyak topik yang diborakkan antara Kak Lina bersama Tajul serta Afieq. Seperti biasa, setiap minggu Kak Lina akan berduet menyanyi bersama penyanyi jemputan. Pada kali ini, Kak Lina berduet dengan Taju dan Afieq menyanyikan lagu Memori Berkasih, nyanyian asal oleh arwah Achik Spin dan penyanyi Siti Nordiana.
Umum mengetahui yang arwah Achik juga merupakan abang kepada Tajul. Video nyanyian Kak Lina, Tajul dan Afieq ini menarik perhatian warganet. Ramai yang menyukai nyanyian Kak Lina dan memuji Kak Lina boleh membawa pelbagai genre lagu dengan baik.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan memuji suara Kak Lina. Antara komen-komen menarik adalah :
” Perghhh part ‘sayang’ tu, padu habis lah Kepom. Love g1la dengar.. Kepom nyanyi berduet dengan siapa2 pun tak pernah lagi mengecewakan.. “
” Next boleh cover bakawali version mader dengan kak kepom pulak.. Kita bagi kelulusan penuh buat kak kepom.. Mantap.. “
” Sedapppnye ber3 nie nyanyi.. Remake pleaseee.. Wahhh ni terus jadi Elly Nordiana.. Sedap betul Elly nyanyi lagu ni.. “
” Masa kak pomm masukk.. Bermusim kita bersama.. Mcm nak berhenti jantung punya sedapp tuhh.. Terus mengimbau kenangan lalu dengan lagu ni.. “
” Elly tu mmg padu sore, Afieq pon mmg tau sore dia sedap… Nie budak Tajul nie mcm 1st time mama dengor sore dia , sedappp , bagus sore dia.. “
” Kemain Kak Lina nyanyi dgn rakan sebaya.. Kita lock suara Kak Lina.. Fuhyoo sedap sangat duet Lagu Cover Memori Berkasih.. “
” Kak Lina nyanyi lagu org lain best g1ler.. Tp lagu sayap mcm susah nak go.. Kena cari lagu yg betul2 AJL friendly lepas ni.. “
Boleh dikatakan semua lagu duet Kak Lina dengan penyanyi-penyanyi yang hadir ke konti radio Era semuanya sedap-sedap dan meraih perhatian ramai. Betul lah kata peminat, Kak Lina ni mampu bawa semua lagu baik, power lah Kak Lina.
Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen