Artis / Selebriti
” Perghhh Sashi kapoor versi Malaysia, haha.. ” – Netizen

Roy Azman Kongsi Video Dato’ Jalaluddin Hassan Menyanyi Lagu Hindustan Buat Ramai Terhibur. Roy Ni Ada Saja Idea Nak Menyakat. Amboi Tok Ram Pun Mengekek Gelak Sama Yer, Hehe !!
Meninjau di akaun Instagram Roy Azman telah berkongsi dirinya sedang bersama dengan Dato’ Jalaluddin Hassan dan Dato’ Ramli MS. Video yang dimuatnaik oleh Roy itu memaparkan Dato’ Jalal menyanyikan sebuah lagu hindustan.
Telatah Dato’ Jalal sedang menyanyi telah mengundang tawa warganet, lebih-lebih lagi mendengar Roy turut menyakat Dato’ Jalal. Bukan itu sahaja, kelihatan Tok Ram yang sedang duduk di kerusi juga ketawa mendengar nyanyian Dato’ Jalal.
Ada peminat mengatakan yang suara Dato’ Jalal seperti suara pelakon Bollywood, Shashi Kapoor dan terhibur dengan kapsyen Roy yang menulis hanya kadboard Jatt Ali menemani mereka bertiga kerana pada ketika itu Jatt Ali tidak ada bersama.
Sehingga kini, video Dato’ Jalal menyanyi telah menerima puluhan komen daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Semakin kelakar Dato’ Jalal sekarang sejak ada selalu bersama dengan Roy. Roy pun tak sah kalau tak menyakat Dato’ Jalal.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur melihat telatah Roy, Dato’ Jalal dan Tok Ram. Antara komen-komen menarik adalah :
” Perghhh Sashi kapoor versi Malaysia, haha.. Best lah tengok geng bapak bapak ni bergandingan, memang kelakar habis.. “
” Amboi sedap betul suara Dato, pandai nyanyi siap buat gaya, hehe. Tok Ram pun tumpang mengekek ketawa tengok Dato’ Jalaluddin.. “
” Kenapa tak suruh music director dkt blkg 2 komen, hahahaha.. Kesian Abg Jatt kene sumpah jadi patung dekat situ, macam2 betul korang ni.. “
” Best la.. Apsal Abg Jatt tak join.. Bole tak nk mtk season 2 utk bapak2 ni.. Hilang stress tgk tau, memang best sangat rancangan ni.. “
” Tak sabau nak nunggu hari Khamis… Seronok nengok view dekat sana Dan yang paling penting tak kering gusi di buatnya.. “
” Hahahaha Jalaluddin blh tahan suara nyanyi lagu hindi lagi, dah hilang gayat lagi ke.. Btw Jalaluddin paling handsome, hehe.. “
” Wow Dato macam Shashi Kapoor nyanyi lagu Wada Karo Nahin Chodoge dari filem Aa Gale Lag Ja lah.. Setia kawan sungguh, tak ade Jatt, patung Jatt tetap ada bersama.
Sedap juga suara Dato’ Jalal menyanyi. Untuk rekod, Dato’ Jalaluddin Hassan, Dato’ Ramli MS, Roy Azman dan Jatt Ali telah bergandingan bersama dalam rancangan ‘ Travelawak Projek Bapak Bapak ‘. Rancangan ini mendapat sambutan dan reaksi yang positif daripada netizen.
Silakan SHARE..
Sumber : IG thisisroyazman, Melet0p
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen