Artis / Selebriti
” Pergi beli motor pun comel tengok pasangan baru kahwin ni.. ” – Netizen

Video Gelagat Ubai Dan Shila Amzah Ketika Sama-Sama Pergi Membeli Motosikal Raih Perhatian Ramai. Wah Bestnya, Ubai Sebut Je Best Jika Ada Motor, Terus Shila Ajak Pergi Beli. Sweet Sangat Pengantin Baru Ni !!
Umum mengetahui baru-baru ini, penyanyi Shila Amzah telah selamat bergelar isteri kepada pempengaruh media sosial, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang dengan suasana penuh meriah.
Terbaru, meninjau di akaun Tiktok Ubai, telah berkongsi satu video yang memaparkan beberapa hari lalu Ubai bersama Shila ke sebuah kedai motosikal. Menerusi video itu, Ubai mengatakan selepas pulang dari solat jumaat, Ubai telah memberitahu kepada Shila alangkah seronoknya jika mempunyai sebuah motosikal untuk pergi ke solat Jumaat.
Mendengar apa yang dikatakan oleh Ubai itu, terus Shila mengajak Ubai ke kedai motosikal. Ketika tiba di kedai, pasangan ini melihat beberapa buah motosikal dan akhirnya memilih motosikal jenis Honda Vario 160 limited edition berwarna hitam.
Ubai telah menunjukkan sekeping resit menandakan telah membeli motosikal tersebut. Telatah Shila dan Ubai yang sedang duduk di kerusi kerani kedai motosikal untuk mencari nombor plat motorsikal baru mereka mencuit hati kerana Ubai serta Shila saling menyakat antara satu sama lain.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai melihat telatah Ubai dan Shila selepas bergelar suami isteri. Antara komen-komen menarik adalah :
” Pergi beli motor pun comel tengok pasangan baru kahwin ni.. Lepas ni boleh ler jalan2 naik motor dengan wife.. Seronoknya.. “
” Terbaik.. Shila pon nmpak happy.. Byk joy moment kanak2 ngan remaja dia kena curi sbb kerja… Skg dgn Ubai, capture balik moment happy tu balik.. “
” Cantiknya motor, suka lah tengok pasangan ni lepas kahwin, tumpang happy tengok Shila sekarang bahagia sangat.. Tahniah.. “
” Ubai kalau tak menyakat Shila memang tak boleh duduk kan, hehe.. Antara pasangan paling comel, Shila pun terus nampak macam sebaya je umur dengan Ubai.. “
” Woww motor baru lah kawan.. Alhamdulillah, tahniah Ubai, betul ke motosikal pertama.. Nanti share video bawa Shila naik motor.. “
” Hahhaaha gelak aku dengar Shila cakap ada satu motor tu dah macam basikal, nasib ler Ubai tak ambil motor tu, hehehe.. “
” Lawoo oo motor vario ni, warna dia tu padu nampak mahal sangat.. Tahniah Ubai dan Shila, motor lepas sah jadi suami isteri.. “
Alahai makin sweet je tengok pasangan pengantin baru ni, berseri-seri wajah Shila sekarang. Ubai sempat berkongsi nombor plat motosikal barunya adalah seperti namanya. Apa-apa pun, semoga rumahtangga yang baru dibina oleh Ubai dan Shila ini akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok ubaimz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
@ubaimz Cuba2 main efek, semart jugak! Jumpa kat Dataran malam minggu ni. #fypシ
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen