Artis / Selebriti
” Power vokal Umai, ada lenggok sendiri. Comel je Tokram usik Umai.. ” – Netizen

Video Anak Siti Sairah Tarudin, Umairah Dipanggil Oleh Dato’ Ramli MS Untuk Berduet Bersama Cakra Khan Di Konsert Cakra Khan A Decade Live In Kuala Lumpur 2.0. Fuhhh Nyanyian Spontan Yang Padu Lah Umai. Pelapis Tokti Ni !!
Semalam telah berlangsungnya konsert Cakra Khan A Decade Live In Kuala Lumpur di dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur . Konsert kali ini berbeza kerana menampilkan konsert orkestra diketuai oleh Datuk Ramli MS.
Meninjau akaun Instagram Siti Nursairah Tarudin, telah dikongsikan video yang memaparkan anak sulungnya, Umai dipanggil oleh Datuk Ramli untuk naik ke pentas bagi berduet bersama Cakra Khan. Ini adalah satu kejutan buat Umai kerana Umai hadir ke konsert itu sebagai peminat alih-alih dipanggil menyanyi.
Datuk Ramli juga sempat mengusik Umai, namun katanya Umai akan menjadi seorang penyanyi hebat nanti. Berduet lagu yang dibawakan oleh Dato’ Seri Siti Nurhaliza, persembahan Umai dan Cakra ini mendapat perhatian dan pujian daripada ramai warganet.
Tanpa sebarang latihan bersama, Umai tetap cuba menyanyi sebaik-baiknya. Banyak kemajuan dalam suara Umai jika berbanding dengan dahulu. Sekali pun tidak sehebat ibu saudaranya, Umai ada suara yang unik dan lenggok merdu yang tersendiri. Apa yang lebih penting keberanian Umai untuk menyanyi di pentas besar sebegini.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini sejak ia dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Masya Allah superbb, tahniah Umai.. Power vocal Umai.. siap ada lenggok sendiri .. best best Protege Tok Ram.. ”
” She sang perfectly Mai is star in the making.. Pelapis tokti Akan datang tahniah umai.. comel je tokram usik Umai haha.. ”
” In sha Allah umai akan jadi macam mak iti dia nanti.. Terbaik Umai, kebanggaan ibu.. Umai ada suara yang best didengar.. ”
” Good job Umai, love you dik since memula dulu lagi. Makin baik suara Umai. sedap dengan gaya tersendiri. Kawalan pun bagus, lebih matang.. ”
” Kena la suara tu dengan umur Umai. Kalau aku yang menyanyi maunya makin serak Cakra tu hehe.. ”
” Bestnya dia menyanyi, tahniah Umai. Good Job umai Tok Ram panggil secara spontan nyanyi Lagu Seluruh Cinta by Siti Nurhaliza feat Cakra khan LIVE bukan senang tu janji BERANI.. ”
” Terbaik Muda lagi, masih banyak yang boleh belajar. Adakah ini pelapis DS Siti.. Btw Goodluck Umairah for WCOPA, Road to Hollywood wakil Malaysia.. ”
Persembahan yang bagus dan terbaik daripada Umai. Walaupun secara spontan dan tiada latihan, Umai sudah melakukan yang termampu untuk menghiburkan semua. Semoga Umai terus maju jaya dan mencipta banyak kejayaan dalam hidup selepas ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sitisairahtarudin, IG Mstar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen