Artis / Selebriti
” Qalqalah, makhraj, tajwid superb. Saya yang ikut baca pun tak sempat nafas, tercungap-cungap dah.. ” – Komen Netizen

Video Qawiy Aro tebuk ngaji seorang pelajar Universiti Teknologi Mara raih perhatian ramai. Alahai, suara yang teramat merdu, sedap sungguh bacaannya. Nafas pun panjang, bakal hafizah yang hebat..
Nama Qawiy Aro sinonim dengan challenge tebuk ngaji yang selalu dilakukannya. Selebriti dan orang awam menjadi sasaran Qawiy dan dek kerana challenge ini juga ramai yang mula berminat untuk menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran dan ingin menjadi seorang hafiz dan hafizah.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Qawiyaro, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Qawiy dalam satu program khas di Universiti Teknologi MARA cawangan Machang, Kelantan. Sambil memberikan motivasi kepada para pelajar, Qawiy turut menyelitkan challenge tebuk ngajinya itu.
Salah seorang pelajar wanita yang berada di dalam dewan tersebut menyahut cabaran Qawiy untuk menyambung bacaan Qawiy. Surah As-Sajadah adalah surah yang dipilih oleh Qawiy. Pelajar ini memperkenalkan dirinya sebagai Juwairiyyah dan merupakan bakal hafizah.
Mendengar lontaran suara Juwairiyyah dan lenggoknya mengaji membuatkan Qawiy sendiri kagum. Bacaan yang sempurna dan lengkap dengan tajwid yang betul meraih pujian warganet. Tulis Qawiy di ruangan kapsyennya, seronok mendengar makhraj dan sebutan Juwariyyah.
Jom tonton video di bawah :
@qawiyaro MasyaAllahhh seronok dengar makhraj dan sebutan dia ! ☝🏽😍 #sambungayatqurandapatrm50 #quranchallenge #mantuy
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 41 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Fuh, nafas adik panjang. Utk yg masih bujang tu.. ini antara cth calon isteri yg korang kena cari.. insyallah blh ajar zuriat korang mengaji quran dgn baik.. “
” Surah as-sajdah, aiwahh sedap bacaannya sy yg ikut baca pun x sempat nafass.. Qalqalah, makhraj, tajwid superb.. 3 kali dah ulang ni .. sebab bacaan nye sedap smpai lupe surah as sajadah.. “
” Macam perempuan Arab baca quran.. Suara, makhraj, nada, nafas dan nama pun cantik.. Masya Allah.. proud of you juwariyyah, my tipe.. “
” MashaAllah. clear sungguh suaranya. tahniah adik.. suara sedap.. sebutan pon jelas.. ini mcm hantaran mahal pon berbaloi.. “
” Bacaan dia macam saad al ghamdi.. tenang dan sedap dengar.. tak puas dengar.. makhraj dan fasohah dia terbaik.. Semoga adik ni syahadah satu hari nanti. Insya Allah.. “
” Mashaa Allah…acik dsini pulak rasa x ckup nafas dgr ni.. hebat awak dik.. semoga dpermudahkan urusan awak jadi hafizah ya.. aamiin.. “
” Masyallah hebat.. Bila orang yang selalu mengaji, nafas dia pun terjaga je. aku tercungap cungap dah.. sedapnya suara.. “
Bukan mudah untuk mempunyai nafas yang panjang sebegini. Sebutannya juga jelas dan suara yang mendamaikan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Semoga adik Juwairiyyah akan menjadi seorang hafizah dan terus istiqamah dalam menghafal ayat Al-Quran.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Qawiyaro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen