Artis / Selebriti
” Random betul lah Dato’ Siti ni, boleh pula dia layan lagu tu, haha.. ” – Komen Netizen

Video gelagat DS Siti Nurhaliza melayan bunyi ringtone dan joget-joget comel sebelum mengangkat panggilan telefon suaminya buat ramai terhibur. Lawak Tokti cakap loghat Terengganu dengan Mimi. Lain macam betul bunyinya, hehe..
Sebut sahaja nama Dato’ Seri Siti Nurhaliza, sudah pasti ramai yang mengenalinya. Bukan sahaja memiliki suara yang merdu, sifat lemah lembut dan tinggi budi perkerti yang ada pada DS Siti itu membuatkan ramai yang ‘jatuh cinta’ dengannya.
Meninjau di akaun TikTok milik rosmadiothman, telah dikongsikan video yang memaparkan gelagat DS Siti ketika menerima panggilan telefon daripada suaminya, Dato’ Khalid atau lebih dikenali dengan panggilan Dato’ K. Menerusi video itu, pada awalnya DS Siti sedang membuat live di dalam kereta.
Tiba-tiba, telefon DS Siti berdering dengan ringtone berbunyi ‘it’s your husband calling you today’ . Namun begitu, apa yang mencuit hati adalah telatah DS Siti membiarkan telefonnya berbunyi sambil melayan lagu tersebut dahulu dan barunya menjawab panggilan suaminya.
Untuk sekadar info, bodyguard DS Siti yang dipanggil berasal dari negeri Terengganu. Mungkin disebabkan itu DS Siti kini sudah pandai bercakap loghat kerana sering berkomunikasi dengan Mimi. Tergelak Mimi mendengar perbualan DS Siti di sebelahnya.
Tonton video di bawah ini :
@rosmadiothman Boleh ikut lagu sebelum angkat call suami… #sitinurhaliza #fypp #trend #xyzbca #viralvideo #foryoupage❤️❤️ #tiktok #masukberanda #trending
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan telatah DS Siti dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Random betul lah Dato’ Siti ni, boleh pula dia layan lagu tu, haha.. Kalo tokti cakap bukan2 tu sbnrnya DK dah letak kan, kan.. “
” Wehhh bestnyaaa dpt bos camni. dh la sporting, SITI NURHALIZA pulak.. Mana nak dapat wehhh.. Hari2 ceria je hidup kan.. “
” Weh dia layan ringtone DS K call, blh joget dl br angkt comel betul lah tengok telatah dia.. Berdekah si mimi pun tengok bos dia.. “
” Masalah bila ringtone guna lagu yg kita suka. Kdg ralit duk menyanyi smp lupa nk jwb.. Tokti ni punya perangai memang comel sangat.. “
” Untung nya mimi hari2 blh becakap ngn tok ti .. nie klu tok ti umur 16 thn tgk tokti sekarang msti tk caya ye..Tok ti sekarang pndai buat lawak, hahaha.. “
” Dapat jumpa depan2 Dato Sri Siti Nurhaliza & Mimi. Dua2 humble. Murah senyuman mereka. Jaga Biduanita Negara kami baik2 ye Mimi.. “
” Lawak tokti.. Syok mimi boleh sembang2 gitu dengan Biduanita Negara.. Tak sangka tokti ni kelakar lah, kita yang tengok pun ketawa sekali.. “
DS Siti rupa-rupanya seorang yang kelakar, tengok sahaja lah part last DS Siti bercakap di telefon. Sempat DS Siti menyuruh buat roti canai dengan loghat Terengganu. Untung Mimi, dapat majikan yang baik dan mendapat layanan sudah seperti seorang sahabat. Pastinya enjoy bekerja jika dapat bos seperti ini.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok rosmadiothman, IG ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen