Artis / Selebriti
” Rare betul cara bagi gift, anak nombor dua memang luar biasa.. ” – Komen Netizen

Video anak-anak Anzalna Nasir bagi hadiah kejutan sempena hari ibu buat ramai terhibur. Amboi Emirhan, macam tu je dia bagi hadiah kat Mummy, terkejut Anzalna dibuatnya. Random sungguh anak nombor dua ni, haha..
Meninjau ke akaun Instagram Hanif Zaki, perkongsian sebuah video yang memaparkan dua orang cahaya mata Anzalna Nasir iaitu Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan memberikan hadiah bersempena hari ibu yang disambut semalam telah meraih perhatian ramai.
Eidrees dan Emirhan menyediakan sebuah kad hari ibu bersama sejambak bunga. Ketika Eidrees memasuki pintu rumah, Eidrees menyerahkan bunga kepada ibunya dengan cara yang cukup sopan, manakala berbeza buat Emirhan yang mencampak bunga kepada ibunya.
Gelagat Emirhan itu membuatkan Anzalna terhibur dan tertawa. Emirhan pula tersenyum malu ketika mencampakkan bunga tersebut. Alamak, tak sweet lah Emirhan ni. Mesti Emirhan malu-malu untuk menunjukkan cara sweet di hadapan ibunya.
Perkongsian video ini telah menerima lebih tiga ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Di ruangan kapsyen, Hanif turut berterima kasih kepada isterinya kerana menjadi suri hatinnya dan menjaga anak-anak dengan baik.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai netizen terhibur melihat gelagat anak kedua Anzalna. Antara komen-komen yang diberikan :
” Anak no. 2 memang selalu random kan… Kita geng anak nomb 2 suka buat onar hihihi.. lain dari yang lain sangat ni, haha.. “
” Bertuah betul ank no 2 ye dia takde nk feeling caring tu.. mak engko tak sempat nak kecik hati nakkk oii bile bunga dibaling gitu je, dia lebih geli hati drpd kecik hati .. “
” He’s trying to be romantic but at the same time he’s second child.. Ya Allah! No 2 is always on top character.. haha funny.. “
” Ank no 2 mmg luar biasa.. ank no.2 memg gitu ek..sabo je.. emirhan, dia baling aje.. haha.. random betul dia.. haha.. “
” Hahaha aduh still my feveret Emirhan. Rare betul cara bg gift.. nti lakon kan balik kasi jadi.. Sebenarnye Hanif yg iras Putin bkn Emirhan.. “
” Hahahaha anak no 2 always random.. adikk kenapa macam tu.. girlfren boleh lari macam ni.. tak sweet langsung, haha.. “
” Yang pelik2 mesti ada no 2.. ank no 1 sy dgn no 2 mmg contra, no 1 ssh nk jaga dr kck selalu x sihat semput, allergies,lasak n picky eater, ank no 2 sng jaga.. “
Baru nak feeling sweet kan tetapi gelagat anak kedua memang tidak dijangkakan. Random sangat perangai Emirhan ini. Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari ibu buat Anzalna Nasir dan juga buat semua di luar sana yang bergelar ibu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Hanif Zaki
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen