Connect with us

Artis / Selebriti

” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen

Video Oddah membuat panggilan telefon dengan Hadie ketika bersiaran di Radio. Kecoh betul dengar suara Ammar menyampuk di belakang. Part ucapan Hadie untuk Oddah tu touching sangat. Hadie memang sahabat sejati lah.. 

Asbab menyertai Talk To My Manager (TTMM), terjalinlah ikatan persahabatan antara Hadie Elfardie, Ammar Haiqal dan Oddah. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai trio m4ut. Banyak kenangan yang telah mereka cipta sepanjang berada di TTMM dan kini semua membawa haluan masing-masing.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Triomutt3, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika Oddah menjadi tetamu jemputan Petang Era bersama DJ Shasha. Oleh kerana ramai viewers yang menonton live Era pada ketika itu meminta untuk Oddah menghubungi Hadie, permintaan itu ditunaikan.

Hadie bersama Ammar pada ketika itu dalam perjalanan untuk pulang ke Johor. Terhibur warganet mendengar perbualan antara Oddah, Hadie dan Ammar itu. Sebagaimana ‘masuk air’nya perangai mereka di TTMM, begitu lah juga situasinya di dunia realiti sebenar.

Sebelum mengakhiri perbualan, Shasha meminta untuk Hadie memberikan ucapan kepada Oddah. Ucapan Hadie bunyinya simple sahaja tetapi cukup bermakna untuk Oddah. Tersentuh hati warganet mendengar ucapan Hadie itu. Hadie bukan sahaja anak yang soleh tetapi juga sahabat yang terlalu baik.

Jom tonton video di bawah :

@triomutt3

full live era “odda call adi”#fyppppppppppppppppppppppp #foryoupage #bismillahfyp #xyzbca @ADI? @Odda🩷🔥

♬ bunyi asal – 💥TRIO MUTT💥 – 💥TRIO MUTT💥

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Touching pulak dengar ucapan Hadie untuk Odda tu.. rasa kejujuran yg hadie sampaikan. semoga byk company blh panggil mereka ber3 ni collab, ada program sendiri. amin amin amin.. “

” Jaga adab, jaga akhlak.. behave oddah.. ikhlas ucapan dia.. memang budak baik adi ni, didikan ibu ayah dia.. mst dlm hti hadie..smoga odda dpt ttup aurt dgn smpurna JD wnita yg solehah.. psti pnye Ade doa cmtu dlm hti hdie.. “

” Oddah ni mesti rase different kind of fship ngn hadie n ammar. nampak die syg n appreciate sgt friendship ni.. “

” Rasa sebak dgn pesanan Hadie to odda, so sincere and pure. Awk mmg bdk baik laaaa .nnt Hadie dah balik Johor, mesti trio mut rindu Hadie.. “

” Haa time ni saya nangis. sebab rasa ikhlas sangat hadie bagi ucapan tu. jujur dari hati.. baiknya hadie, dia nk kawan dia pun jadi orang yang baik.. “

” Ucapan Adi untuk Odda tuu mahal betoll yaa.. Bab jaga adab jaga akhlak hormat orang tua.. Kitonyo terbiasa dengan jaga diri and jangan lupa makan jaa.. “

” MashaAllah ucapan Hadi buat Odda, sweetnya tapi mengundang sebak.. mana ada orang pesan suh hormat orang tua. nampak x didikan ss dengan ina untuk anak-anak dorang memang terbaik.. “

Ucapan yang terbaik daripada Hadie untuk Oddah. Kasih sayang Hadie sebagai sahabat memang menyentuh hati dan semoga segala yang Hadie pesan akan selalu dalam ingatan Oddah. Semoga persahabatan Hadie, Oddah dan Ammar akan berkekalan selamanya.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Triomutt3 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Classic Moon Sling Bag
Dancing Optopus

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
📰 Berita🏛️ Politik: Politik💰 Ekonomi: Ekonomi💻 Teknologi: Teknologi🏥 Kesehatan: Kesehatan⚽ Olahraga: OlahragaPendidikan🎬 Hiburan: Hiburan
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized