Connect with us

Artis / Selebriti

” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen

Video kenyataan Kamal Adli sejurus selepas selesai urusan di mahkamah syariah berkaitan isu cerai bersama Uqasha Senrose buat Rlramai tersentuh. Sebak tengok wajah Kamal yang sedih dan masih berharap untuk selamatkan rumahtangganya. Part pesanan untuk Uqasha tu touching sangat.. 

Isu Uqasha Senrose menfailkan cerai terhadap Kamal Adli antara topik hangat yang diperkatakan oleh wargamaya. Hari ini, Kamal Adli hadir ke mahkamah syariah sebagaimana yang diminta, namun bukanlah untuk meneruskan penceraian sebaliknya ingin menyelamatkan rumahtangganya itu.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Meloditv3, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan kenyataan rasmi daripada Kamal sejurus selesai prosiding di mahkamah tadi. Kamal mengatakan dengan bersungguh-sungguh bahawa dia masih menyayangi Uqasha dan anak mereka, Hawra.

Kamal juga menjawab pertanyaan daripada pihak wartawan mengenai dakwaan Kamal mengasari Uqasha. Kamal menafikan dakwaan itu kerana itu hanyalah dakwaan tanpa ada bukti. Reaksi wajah Kamal yang jelas sedih membuatkan hati warganet tersentuh melihatnya.

Kata Kamal lagi, dia tidak menyangka dia akan berada dalam situasi seperti hari ini kerana ianya sesuatu yang tidak menyeronokkan. Kamal juga menyeru agar warganet tidak meninggalkan komen negatif terhadap isterinya itu dan memberi ruang untuk Uqasha bertenang.

Jom tonton video di bawah :

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Kamal Adli awak suami yang baik. Rugi uqasha menolak.. Qasha lembutkan hati tgk muka suami dlm2 kesian kat anak bercerai bukan jln penyelesaian bagi la kamal peluang.. maafkan dia ya.. “

” Gentle jgk kamal ni..so hrp dorg bersatu demi hawra yg masih kecil.. sedihnya beliau berada di titik yg terendah. ya Allah pjgkan jodoh mereka berdua kerana Allah taala.. “

” BAIK SANGAT seorang yg bernama KAMAL ADLI.. jarang ada suami yg mcm kamal.. moga, Allah permudahkan urusan kamal n uqasha.. “

” Tak salah cuba berbaik dulu bg perluang kedua bukan bermakna kita kalah atau salah insyaAllah Asbab sabar Allah akan berikan pelangi yg indah percaya laa … Org yg sabar tk akan rugi.. “

” Bukan senang lelaki nk ungkap kata maaf . Semoga kalian berdua berbaik² la balik. Semoga kembali bersatu InshAllah,adat dlm perkahwinan ada ribut petir dan mendungnya.. “

” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni. betapa dia sayangkan Uqasha dan Hawra.. sya kene jmpa kamal. talk last… bncg dari hati ke hati baru buat keputusan.. “

” Lelaki mcm ni bagus.. sedar dan mengaku kesilapan dia sendiri.. Dia masih bepihak dgn isterinya, x burukkan lgsg isteri dia.. “

” From the eyes tak tau la fake ke idak, nampak dia masih sayang isteri dia. Siap backup dan mengaku salah lagi. Dia tak kasi side eyes pun.. “

Jauh dalam hati Kamal, dia masih sayangkan rumahtangga yang dibina bersama Uqasha. Permintaan Kamal hanya satu, untuk Uqasha bertemu dengannya agar mereka sama-sama dapat berbincang dan mencari penyelesaian. Sama-sama kita mendoakan agar Allah lembutkan hati mereka dan rumahtangga ini dapat diselamatkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Meloditv3, IG Astro Gempak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Abaya Dress
Handbag Daisy by Aliff Syukri

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
⚽ Olahraga: Olahraga🎬 Hiburan: HiburanPendidikan💰 Ekonomi: Ekonomi🏛️ Politik: Politik📰 Berita💻 Teknologi: Teknologi🏥 Kesehatan: Kesehatan
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized