Artis / Selebriti
” Sakit perut aku malam tadi tengok Kepom. Dia seorang je berani menyakat Ajai.. ” – Komen Netizen

Video Kak Lina menyakat Ajai di konsert Big Stage Alpha minggu kedua buat penonton berdekah ketawa. Amboi Kak Lina, berani yer samakan Ajai dengan garam. Lawak betul..
Rancangan realiti TV, Big Stage Alpha telah pun memasuki minggu ke 2. Sama hebat dan sama havoc dengan minggu lalu, minggu ini hostnya, Kak Lina Kepom terpaksa bersendiri mengacara kerana kesihatan Rina Nose tidak mengizinkan untuk Rina beraksi.
Ianya tidak menjadi masalah untuk Kak Lina kerana figura ini sememangnya memiliki banyak idea untuk menceriakan semua penonton di dewan. Memandangkan salah seorang juri tetap iaitu Edry KRU terlibat dengan Konsert GENKRU, tempat Edry digantikan dengan juri jemputan yang sudah sinonim dengan Big Stage sebelum ini.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Astro Malaysia, Tiktok Cinemagicmy dan Instagram Era, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan gelagat Kak Lina mengalu-alukan kedatangan Ajai sebagai juri menggantikan tempat Edry.
Kak Lina dan Ajai sempat menghiburkan semua dengan nyanyian duet mereka. Kak Lina juga seperti biasa, tidak lekang mulutnya menyakat dan mengusik Ajai. Ada sahaja perkara yang terlintas di kepala Kak Lina sehinggakan Hael Husaini yang berada di kerusi juri juga tidak dapat menahan ketawa.
Jom tonton video di bawah :
@astromalaysia Ehhh ada Ajai!! Jom layan #BigStageAlpha MALAM ini, 9 malam LIVE di Astro Ria atau strim di Astro GO dan sooka! #BigStage #GelombangDominasi #AstroOne #fyp #JomUsha
@cinemagicmy Energetic betul 😂 #BigStageAlpha #BigStage #BigStage2025 #BigStage6 #sapotlokal #sembangentertainment
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Habis Ajai kena garam dengan Kak Lina haha.. tepat tu, buat kak lina naik darah. Kak Lina Kak Lina, lawak betul.. “
” Anyway bukti dia handle sorg2 pon vibe dia sama power.. yg penting tak perlu perli2 nak cari idea.. “
” Dia sorang sorang pun riuh satu dewan, kak lina memang power, menang tak dinafikan lagi.. terbahak semua ketawa tengok jenaka kak lina.. “
” Aduhhh aku pulak yg terasa aku ajai ke.. terbahak Hael ketawa dengar lawak kak lina tu. spontan betul kepom.. “
” Sakit perut aku malam tadi tengok kepom. Samakan ajai dengan garam haha.. naik darah eh kak lina.. dia sorang je berani menyakat Ajai.. “
” Love kak lina pom pom.. mantap kak lina pom pom. mmg dua dua masin… Atok byk byk juri komen Ajai jer atok konfiden.. memang masin.. “
” Kak Lina sorang pun boleh handle.. kalau tak menyakat ajai memang tak sah lah kak Lina.. host paling berani sakat juri… “
Kak Lina sememangnya sangat kelakar dan sepanjang program berlangsung ada sahaja ideanya untuk menggamatkan suasana. Apa-apa pun, itu hanya lah sekadar gurauan manja Kak Lina dan Ajai dan semoga pembaca yang menonton video ini juga turut terhibur menontonnya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era, Tiktok Astro Malaysia, Tiktok Cinemagicmy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen