Artis / Selebriti
” Salute lah dua-dua, kita pula tengok sebak.. ” – Netizen

Video Throwback Adira Suhaimi Dan Madunya, Datin Red Menonton Konsert Bersama Raih Perhatian Warganet. Betapa Akrabnya Kedua-Dua Mereka. Adira Pun Nampak Manja Dengan Datin Red !!
Kemesraan antara penyanyi, Adira Suhaimi dan madunya iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim atau lebih dikenali sebagai Datin Red sebelum ini mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya. Ada yang memuji keakraban mereka berdua kerana dikatakan saling bertolak ansur.
Meninjau di akaun TikTok telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan pada kali ini, Adira bersama Datin Red menonton konsert Andmesh pada bulan Jun yang lalu. Menerusi video ini dapat dilihat Datin Red yang merakamkan sendiri telatah Adira bersemangat mengikut Andmensh menyanyi.
Sesekali Adira meletakkan kepalanya di bahu Datin Red dan Datin Red memegang kepala Adira. Malah wajah mereka berdua seolah seperti menahan sebak ketika mendengar lagu yang didengar oleh mereka. Perkongsian video ini sekali lagi menarik perhatian warganet.
Ada yang mengatakan sebak melihat keakraban Adira bersama madunya meskipun umum mengetahui yang Adira sedang mengalami masalah rumah tangga dengan suaminya sekarang. Sehingga kini, video Adira dan Datin Red ini ditonton lebih lebih 380 ratus tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini :
(Sila tunggu seketika jika video lambat keluar)
@adirasuhaimi91 #adirasuhaimi #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #foryou #foryoupage #foryourpage #masukberanda #masukberandafyp #masukfyp #esekeli #xyzbca #berandatiktok #berandafyp
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai video Adira dan Datin Red ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Walau dah nak cera1, masih berbaik dengan madunya.. Bagusnya Datin Red ni, masa laki nak kawen 2 dia terima, bila madu nak bercerai dia sed1h.. “
” Mugkin Adira nk tebus slh dia sbb jd no2.. Rasa bersalah sbb madu dia ni baik sgt2.. Sed1h pulak aku tengok dorang ni.. Alahai.. “
” Kadang2 bukan isu poligami yg org nak sgt cerai tapi isu laki tu sendiri or lain2. Tak semestinya yg salah tu poligami tau.. Stay strong Adira.. “
” Macam adik beradik je tengok Datin Red dan Adira. Kalau lah macam ni punya baik, aman harmoni kehidupan bermadu di luar sana.. “
” Alhamdulillah tumpang happy tengok.. Acik doakan semoga awak berdua sentiasa didlm lindungan dan rahmat Allah.. Aamiinnn.. “
” Alhamdulillah berbaik, anak mereka dr ayah yg sama.. Adira ada masalah ngan suami.. Bukan madu.. Madu elok ja bagi semangat.. “
” Muka sama lah sekali pandang.. Datin Red sangat baik hati, Adira tahu di mana kedudukan diri nya.. Begitu lah kehidupan bermadu, sama2 saling bertolak ansur.. “
Baru-baru ini Adira sekali lagi menfailkan penceraian terhadap suaminya. Untuk sekadar info, Adira mendirikan rumahtangga dengan Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, Asan, Anggun dan Ayub.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok adirasuhaimi91
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen