Artis / Selebriti
” Sama cantik, sama padan. Macam rehearsal majlis sendiri dah ni, hehe.. ” – Komen Netizen

Tampil ke pentas bersama-sama, kemunculan Fattah Amin dan Amira Othman dalam majlis memperkenalkan duta Jakel 2025 raih sorakan ramai. Alahai sama cantik dan sama padan. Dah macam aura pengantin baru ni. Nabil pun excited rekod video, hehe..
Baru sahaja beberapa jam yang lalu, telah berlangsungnya satu majlis anjuran Jakel yang mana memperkenalkan secara rasminya duta baju raya Jakel untuk tahun ini. Nabil Ahmad dan keluarga, Cik Epal, Anzalna, Senario dan yang paling dinanti-nantikan adalah Fattah Amin dan Amira Othman.
Meninjau entry di akaun Instagram Astro Gempak, Hlive dan Media Hiburan Official, telah dikongsikan video yang memaparkan suasana ketika majlis itu berlangsung. Ketika kelibat Fattah dan Amira mula melangkah naik ke pentas, riuh dengan sorakan daripada semua yang hadir.
Fattah dan Amira memakai baju sedondon berwarna burgundy dan berjalan catwalk ke bawah pentas untuk mengayakan busana mereka itu. Semakin riuh dan MC majlis juga seronok menyakat Fattah dan Amira. Pasangan ini sememangnya sedang hangat di’matching’kan oleh warganet.
Ramai yang menyukai sekiranya Fattah dan Amira mempunyai hubungan istimewa. Mereka berdua mempunyai personaliti yang hampir sama. Kedua-duanya sopan santun, lemah lembut, tidak sombong dan bersih daripada sebarang kontroversi.
Jom tonton video di bawah :
Lebih 7000 tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini sehingga kini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Semoga berjodoh, sesuai betul. Approved dah macam acara sambut menantu lak. meriah semua bersorak eh.. “
” Mc dia function betul.. hahahhaha sakan dia menyakat eh.. macam pengantin baru pulak nampak, sepadan-padan.. “
” Sepadan, approved.. Nabil tu siap rakam lagi. Nabil pun berkenan Fattah dengan Amira ni.. sama cantik sama padan.. “
” Macam pengantin baru sangat sangat ni.. memang serasi.. macam sesi pengantin baru bertemu peminat pulak.. “
” Macam rehearsal majlis sendiri dah ni hehe.. abang long dan kak long kami.. apasal depa dia ni kita approved sungguh-sungguh.. 2
” Ini baru betul , netizen doa Fattah aminkan. macam pengantin sudah.. moga berjodohan.. amira tu sama cantik sama lemah lembut orangnya.. “
” Sama cantik sama padan dan yg penting sekufu. Semoga dipemdhkan halalnya. Jadiii laa hendaknya.. semua orang happy tengok dorang berdua ni.. “
Pastinya ramai yang tersenyum-senyum sendiri melihat gelagat Fattah dan Amira. Ramai juga yang mendoakan agar Fattah dan Amira berjodohan kerana mereka kelihatan sangat serasi. Apa-apa pun, soal hati dan jodoh adalah rahsia tuhan. Semoga yang baik-baik sahaja untuk Fattah dan Amira.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, IG Media Hiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen