Connect with us

Artis / Selebriti

” Sampai terkebil-kebil mata Kak Lina dengar Dato’ Aliff nyanyi, haha.. ” – Komen Netizen

Video telatah Dato’ Aliff Syukri menyanyi lagu Sejarah Mungkin Berulang di sebuah majlis buat ramai terhibur. Mahu menangis Tomok dengar Dato’ Aliff menyanyi lagu dia. Respon Elly Mazlein bila Dato’ Aliff suruh sambung menyanyi tu pun kelakar, haha..

Sebut sahaja nama usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri, pasti ramai yang sangat mengenali dirinya. Dato’ Aliff seorang yang sangat kelakar dan ada sahaja video mengenai telatahnya akan membuat warganet tak akan kering gusi ketawa kerana terhibur.

Meninjau di akaun TikTok milik glamhall.official, telah dikongsikan video yang memaparkan Dato’ Aliff bersama pengacara terkenal, Elly Mazlein di sebuah majlis. Menerusi video itu, Dato’ Aliff menyanyikan lagu bertajuk Sejarah Mungkin Berulang, nyanyian asal kumpulan New Boyz.

Namun begitu, nyanyian Dato’ Aliff itu membuat ramai yang terhibur mendengarnya. Bukan itu sahaja, reaksi Elly mendengar Dato’ Aliff menyanyi juga dilihat mencuit hati. Ketika menyanyi, Dato’ Aliff ada meminta Elly untuk menyambung menyanyi lagu tersebut.

Sekali lagi, perkongsian video ini telah mengundang tawa warganet. Usik warganet, Dato’ Aliff memiliki keyakinan yang begitu tinggi untuk menyanyi walaupun dirinya tidak berbakat dalam bidang nyanyian. Ramai juga terhibur melihat cara Elly menyakat Dato’ Aliff.

Tonton video di bawah ini :

@glamhall.official

Lurvee Dato’ Aliff Syukri 😘🙈 Birthday Celebration of Anas & Ash | 16. 10. 2025 Venue: @glamhall Decorator, Event Planner & Coordinators: @mahligaicreative #GlamHallMoments #BirthdayCelebration #birthday #birthdaycelebration #birthdaydecor

♬ original sound – GlamHallDamansara – GlamHallDamansara

Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya begitu terhibur mendengar nyanyian Dato’ Aliff. Antara komen-komen menarik adalah :

” Sampai terkebil-kebil mata Kak Lina dengar Dato’ Aliff nyanyi, haha.. Penganyi asal lagu ni Tomok pun kalah la mcmni dh dia penyanyi no 1.. “

” Muka Kak Lina… Hehehe kelakor lah, memberikan 1001 jawapan, hahaha.. Tomok tengok Dato’ Aliff ni, hehehe.. “

” Haaa kalau dh pegang tu, mmng tkboleh lepasss lah mikrofon tu, hahaha.. Kelakar betul lah Dato Aliff ni, sabo je Kak Lina menengoknya.. “

” Boleh la tu Dato.. Kira ok la tu. yg penting yakin yer, hahaha.. Btw, Kak Lina cantik bertudung. Semoga Terus Istiqomah.. “

” Amboi Tok Alip tak mau kalah ooiii.. Tak mau dok no 2 tpi nk no 1 juga dia, hahahahahaa.. Penghibur betul Tok Alip ni.. “

” Terlalu menghayati betul tu dato, menangis saya dengar.. Ketika ini memang memerlukan sangat Afwa, tolong Afwa, matikan suis mikrofon tu.. “

” Afwa diperlukan, plssss.. Betul pula lirik Dato nyanyi, mesti hafal minat sangat lagu ni kan, hahaha.. Takpe lah confident tu paling penting.. “

” Murung terus dengar Dato nyanyi..  Datin mana Datin.. Ni mesti tak de ni kan..  Hahahhaa buat hal betul lah Dato.. “

Respon Dato’ Aliff ketika Elly memberitahu kepada semua tetamu yang hadir yang Dato’ Aliff merupakan penyanyi nombor 2 mencuit hati ramai. Sempat Dato’ Aliff menarik mikrofon kembali dan memberitahu dirinya adalah penyanyi nombor 1, bukannya nombor 2 yang seperti dikatakan oleh Elly.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok glamhall.official

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Shampoo Treatment Jungle Girl
Handbag Sya by AS

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
🏥 Kesehatan: Kesehatan💻 Teknologi: TeknologiPendidikan⚽ Olahraga: Olahraga🎬 Hiburan: Hiburan💰 Ekonomi: Ekonomi🏛️ Politik: Politik📰 Berita
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized