Artis / Selebriti
” Sarah gelak boleh tahan juga kan, sekali aku pun gelak, haha.. ” – Netizen

Video Puteri Sarah Liyana Bersama-sama Anak-Anaknya, Syaikul Islam Dan Sumayyah Ketika Sho0ting Raih Perhatian Warganet. Part Syaikul Tanya Puteri Sarah ‘ Bila Kita Nak Berempat ‘, Terus Berdekah Puteri Sarah Gelak. Hehe !!
Mungkin ramai yang sudah tahu hubungan rumahtangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof telah pun berakhir dan mereka telah sah bercera1 pada bulan Jun lalu. Untuk rekod, hasil perkongsian hidup bersama, Puteri Sarah dan Syamsul telah dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Terbaru meninjau di akaun Instagram, Sarah telah memuatnaik video sedang shooting bersama Syaikhul dan Sumayyah. Tulis Sarah di ruangan kapsyen mengatakan suasana menjadi ‘huru hara’ di tempat sho0ting dengan gelagat Syaikhul serta Sumayyah.
Menerusi video tu, pada awalnya Sarah telah meminta kedua anaknya itu untuk bersalaman dengan Azmi Zainal. Kemudian, Sarah memberikan nasihat agar Syaikhul dan Sumayyah menjadi anak-anak yang baik dan berjanji akan membawa Syaikhul serta Sumayyah pergi bercuti setelah selesai bekerja.
Setelah mendengar apa yang dikatakan oleh mama mereka, Syaikhul telah bertanya kepada Sarah, bilakah mereka akan ‘berempat’. Selepas mendengar pertanyaan Syaikhul, terus Sarah berdekah gelak. Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sarah gelak boleh tahan juga kan, sekali aku pun gelak, hahaha.. Dia gelak jujur betul ya.. Amboi Syaikhul, tanya apa tu dekat mama.. “
” Ur laugh mcm pernah dengar.. Teringat kat arw4h Siti Sarah.. Macam sama cara korang gelak.. Semoga you terus bahagia.. “
” Sed1h pulak dengar Sarah cakap dekat anak2 dia.. Mata yg tengok ni pun mata masuk habuk.. Moga Sarah terus kuat ya.. “
” Bila kita pergi berempat ke kata syaikul.. Hehehee pandai yer dia.. Mama dengar terus ketawa kuat.. Siapa lah yg bertuah dapat dorang bertiga nanti.. “
” Alah alaahhh alahhhh mayyahhhh n Syaikhul ni comellll.. Sumayyah malu2 je nak bersalam.. Sebiji betul muka mama dia.. “
” Semoga Mama Sarah dan anak2nya dipermudahkan urusan harian sihat selalu di murahkan rezeki n dalam lindungan Allah SWT.. “
” Maa syaa Allah, lucunya Sumayyah and Syaikhul.. Bahgia PS dgn ank2.. Tpi sed1h jugak kecik2 dah berpisah ibu n ayahnya.. “
Walaupun terhibur dengan gelagat Sarah dan anak-anaknya, namun ada juga yang sebak melihat kekuatan Sarah membesarkan Syaikhul serta Sumayyah. Apa-apa pun semoga Sarah terus kuat dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG puterisarahliyana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen